KUALI | Minuman
Hanya tambah 2 bahan, asam jawa pun boleh jadi minuman menyegarkan!

ASAM jawa bukan sahaja digunakan dalam masakan tetapi boleh diolah menjadi minuman menyegarkan.
Dengan sentuhan tradisional dan moden, asam jawa madu fizz menggabungkan rasa masam, manis dan karbonat yang pasti membangkitkan selera.
Ringkas dengan hanya lima bahan, minuman ini sesuai dihidangkan pada waktu santai atau sebagai penyejuk tekak di hari terik.
Jom! Kuali kongsikan resipi minuman dan cara penyediaannya.

Bahan-bahan:
- 2 sudu kecil pes asam jawa
- 4 sudu besar air panas
- 2 sudu kecil madu
- 1 tin air berkarbonat manis
- Ais kiub secukupnya
Langkah penyediaan:
- Masukkan pes asam jawa dan air panas ke dalam mangkuk untuk menghasilkan pes yang pekat.
- Buang biji asam (jika ada).
- Tambahkan madu, kemudian minuman berkarbonat.
- Tambahkan ais kiub mengikut secukupnya.
- Kacau rata sebelum sedia untuk dinikmati!