KUALI | Menu Selebriti

Tak sia-sia belajar dari YouTube Che Nom, rendang air tangan Nikki Palikat paling sedap!

Lead Image

SEBAGAI individu bukan berketurunan Melayu, menyediakan hidangan tradisional seperti rendang sememangnya satu cabaran lebih-lebih lagi jika belum pernah mencubanya sebelum ini.

Namun, lain pula bagi penyanyi Nikki Palikat yang menganggap rendang hasil air tangannya merupakan antara hidangan paling membanggakan pernah disediakannya.

Jelas Nikki atau nama sebenarnya Nicolette Louise Palikat, 40, proses menyediakan rendang dilakukan dengan penuh teliti bagi memastikan rasa dan rupanya benar-benar menyelerakan.

Nikki memberitahu dia sering merujuk video tutorial masakan milik Che Nom di YouTube.

"Hidangan air tangan saya yang paling membanggakan sudah tentulah rendang. Saya olah semula rendang dengan cara saya supaya dia tidak terlalu berat.

"Ada orang masak rendang dengan gunakan premix, mereka letak terlalu banyak gula melaka, kualiti daging pun tak bagus dan ada yang gunakan santan dalam kotak.

"Semua proses hasilkan rendang kalau boleh saya nak buat dari awal, santan pun saya perah dengan tangan saya sendiri untuk dapatkan hasil yang sedap bila masak," katanya kepada Kuali.

MENARIK DIBACA: Senang betul buat biskut mochi pandan, guna microwave pun boleh!

MENARIK DIBACA: Campak-campak jer buatnya! Awas menu ikan bilis goreng petai dan cili padi boleh buat tambah nasi

Mengakui tidak mempunyai kepakaran memasak rendang, Nikki tanpa berselindung memberitahu dia belajar menyediakan hidangan berkenaan melalui video tutorial masakan di laman YouTube.

Tambahnya, selepas merujuk pelbagai resipi, dia kini berjaya menghasilkan versi rendang yang menepati cita rasanya.

"Buat rendang itu pun saya belajar ketika Covid-19 dari video YouTube. Saya banyak tengok tutorial Che Nom semasa nak masak rendang.

Saya banyak tengok tutorial Che Nom semasa nak masak rendang

Nikki Palikat

Penyanyi

"Saya ingat lagi tajuk video itu 'Rendang suami bagi 5 bintang'. Saya cuba masak bebarapa kali sampai saya dah tak perlu merujuk video itu.

"Ada juga saya tengok video masak rendang menggunakan pemasak automatik. Saya suka bereksperimentasi, dan cuba resipi berbeza sampai saya jumpa yang kena dengan hati saya," ujarnya.

Bercerita lanjut, Nikki dalam nada berseloroh berkata dirinya mungkin antara selebriti tempatan yang paling rajin memasak.

Nikki mula minat dalam dunia masakan ketika pandemik Covid-19 melanda.

Jelasnya, minatnya terhadap dunia masakan mula bercambah sejak pandemik Covid-19 melanda.

"Kerajinan saya 100 peritus yang tertinggi dalam kalangan selebriti lain sebab saya masak hari-hari. Semua saya masak di dapur saya sendiri.

"Sejak Covid-19, saya belajar memasak dengan cari resipi di Internet. Dari situlah saya mula rasa yang memasak ini rupanya menyeronokkan juga!" ujarnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Sharifah Sakinah tak reti masak, fobia rumah hampir terbakar sebab goreng telur

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Azhan Rani belajar masak demi ibu, sekarang dah pandai buat rendang ayam

Terhangat