KUALI | Menu Selebriti

[V] Sharifah Sakinah tak reti masak, fobia rumah hampir terbakar sebab goreng telur

Lead Image

SEJAK insiden rumahnya hampir terbakar, pelakon Sharifah Sakinah mengambil keputusan untuk tidak lagi memasak.

Sakinah, 36, berkata, ketika kejadian dia mahu menggoreng telur sebelum api dapur menyambar sehingga membuatnya ketakutan.

“Sejujurnya saya memang tak boleh memasak. Langsung tak tahu memasak sampai pernah hampir terbakar (rumah) sebab goreng telur.

Insiden menggoreng telur sehingga terbakar menyebabkan Sakinah enggan lagi memasak di rumah.

“Sejak itu saya memang 'tutup' dapur. Lagipun saya tak suka dapur jadi bersepah kalau memasak,” katanya kepada Kuali.

Dalam pada itu, Sakinah berkata, dia bertuah kerana kakaknya yang juga pelakon Sharifah Norazleenda atau Lynn rajin memasak di rumah.

MENARIK DIBACA: Sate kangkung viral di negara jiran, sayur dipanggang bersama sos pedas manis menggoda selera

MENARIK DIBACA: [V] Azhan Rani belajar masak demi ibu, sekarang dah pandai buat rendang ayam

Kata Sakinah, jika dia berasa lapar, dia akan ke rumah Lynn dan meminta kakaknya memasak lauk kegemarannya.

“Kalau saya nak makan, saya akan pergi ke rumah Lynn dan suruh dia masak.

“Lynn memang pandai memasak dan semua juadah dihasilkan memang sedap,” katanya.

Sejujurnya saya memang tak boleh memasak. Langsung tak tahu memasak.

Sharifah Sakinah

Selebriti

Walaupun tidak pandai memasak, Sakinah bukanlah seorang yang cerewet soal makanan dan tidak memilih.

“Kalau rasa nak makan roti, saya makan sahaja. Kalau ada (makanan), adalah. Kalau tak ada pun tidak mengapa.

“Buat apa nak cerewet bab makan? Boleh jadi tekanan dan badan pun jadi tak sihat,” ujarnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

Rendang daging Padang buat Nazia Mustafar jatuh cinta, bertahun cuba hasil resipi sama... Kini masak hampir 1 tan sebulan buat pelanggan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

Tak sia-sia belajar dari YouTube Che Nom, rendang air tangan Nikki Palikat paling sedap!

Terhangat