info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Influencer kongsi resipi pelik warisan keluarga! Masak ayam dalam Coke, hasilnya enak

Lead Image

SIAPA sangka air minuman berkarbonat berperisa Cola boleh menjadi ‘ramuan rahsia’ dalam menghasilkan masakan ayam yang enak.

Resipi perkongsian seorang pempengaruh berasal dari Amerika Syarikat @itsmeju1iette menunjukkan bagaimana dia menggunakan Diet Coke dan dikatakan mampu menghasilkan isi ayam yang lembut, berjus serta penuh rasa.

Jelasnya, ia bukanlah inovasi baharu dalam dunia masakan, sebaliknya merupakan petua turun-temurun dalam keluarganya.

“Nenek saya yang ajar resipi ini,” ujarnya.

Dengan hanya menggunakan tiga tin Diet Coke bersama sos BBQ, sudah cukup untuk dia menghasilkan hidangan ayam yang unik, beraroma dan menyelerakan.

Jika mahu lebih padu, boleh juga ditambah dengan pelbagai rempah ratus mengikut cita rasa sendiri.

Dengan hanya menggunakan tiga tin Coca-Cola bersama sos BBQ, sudah cukup untuk menghasilkan hidangan ayam yang unik.

Jom Kuali kongsikan resipinya:-

Bahan-bahan

  • 1 pek paha ayam
  • 3 tin Diet Coke
  • 1 botol sos BBQ
  • Serbuk bawang putih (pilihan)
  • Serbuk bawang merah (pilihan)
  • Kicap masin (pilihan)

MENARIK DIBACA: Puas cari rahsia, rupanya ayam masak merah majlis kenduri sedap letak oren Sunquick

MENARIK DIBACA: Teknik ‘no oil no butter’ jadi trend, makanan sihat dimasak influencer buat ramai terliur

Cara penyediaan

  1. Panaskan kuali besar di atas api sederhana dan tuangkan 3 tin Diet Coke ke dalam kuali.
  2. Masukkan sos BBQ dan kacau hingga sebati, kemudian tunggu sampai mendidih.
  3. Masukkan paha ayam ke dalam kuah itu dan tambahkan serbuk bawang putih, serbuk bawang merah dan sedikit kicap jika mahu rasa lebih padu.
  4. Masak sehingga ayam empuk dan kuah menjadi sedikit pekat serta berkilat.
  5. Bila ayam sudah masak sempurna, angkat dan hidangkan panas-panas.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Bukan cantik, jadi hiasan semata-mata! Cef ajar cara goreng aneka bunga celup tepung

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Mi Korea Japchae senang buat, gaul-gaul siap! Sesuai untuk bekal anak, makan malam ringkas

Terhangat