info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Bukan cantik, jadi hiasan semata-mata! Cef ajar cara goreng aneka bunga celup tepung

Lead Image

KITA biasa melihat hidangan celup tepung menggunakan pelbagai jenis sayur-sayuran.

Antaranya cendawan, terung atau bawang yang disalut dengan bancuhan tepung sebelum digoreng hingga warna keemasan, menghasilkan tekstur rangup dan menyelerakan.

Tapi lain pula resipi yang dihasilkan Chef Asad dari Pakistan ini apabila dia memilih untuk menggoreng bunga-bungaan sebagai hidangan celup tepung.

Sajian ini dipercayai inspirasi daripada hidangan 'pakora' dari India, iaitu sejenis gorengan rangup yang diperbuat daripada sayur-sayuran.

Memang kedengaran pelik, namun bunga digunakan bukanlah sembarangan kerana diambil dari spesies yang boleh dimakan seperti 'bougainvillea', 'marigold', 'begonia', 'nasturtium', 'pansy' dan 'dog flower'.

Lebih menarik, setiap bunga ini juga dipercayai mempunyai khasiat tersendiri iaitu kaya dengan antioksidan, vitamin serta sifat anti-radang.

Jadi, kalau anda ada pokok bunga yang sama di halaman rumah, boleh cuba resipi unik dikongsikan Chef Asad ini:

Walaupun pelik, semua bunga-bungaan ini selamat dimakan.

Bahan-bahan

Bahan utama:

  • Bunga yang sesuai untuk dimakan
  • Minyak masak (untuk menggoreng)

Bancuhan celup tepung

  • Tepung jagung
  • Tepung gram
  • Garam
  • Serbuk jintan
  • Serbuk cili
  • Serbuk ketumbar
  • Air (secukupnya untuk bancuhan)

Untuk sos pencicah

  • Bawang putih hitam (dihancurkan)
  • Garam
  • Tomato kering
  • Daun ketumbar (dicincang)
  • Mayones

MENARIK DIBACA: Guru makan pelbagai jenis bunga, dakwa baik untuk kesihatan dan kecantikan

MENARIK DIBACA: Rendam dengan daun jambu, tip kurangkan pahit bunga betik

Cara penyediaan

  1. Campurkan tepung jagung, tepung gram, garam, serbuk jintan, serbuk cili dan serbuk ketumbar.
  2. Tambahkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan pekat sederhana.
  3. Sediakan sos dengan mencampur bawang hitam, garam, tomato kering, daun ketumbar dan mayones. Gaul rata.
  4. Celup bunga ke dalam adunan 'pakora' (bancuhan tepung) hingga bersalut sepenuhnya.
  5. Goreng dalam minyak panas hingga warna keemasan dan garing.
  6. Angkat dan taburkan chaat masala sebagai perisa tambahan.
  7. Hidangkan bersama sos pencicah.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Asyik telur goreng je, cuba buat menu viral Korea 'mayak gyeran' pula! 'Ngam' makan dengan nasi, mi segera

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Influencer kongsi resipi pelik warisan keluarga! Masak ayam dalam Coke, hasilnya enak

Terhangat