Mi Korea Japchae senang buat, gaul-gaul siap! Sesuai untuk bekal anak, makan malam ringkas
KALAU sebut fasal menu untuk anak yang cerewet makan, memang ramai ibu mula pening kepala.
Itu belum lagi ditambah dengan kerunsingan memikirkan menu untuk seisi keluarga pula.
Lebih buntu apabila ada dalam kalangan keluarga tiba-tiba teringin makanan Korea.
Jangan panik! Apa kata cuba buat sajian mudah ini.
Japchae mi kaca Korea yang digaul bersama sayur-sayuran, telur dan protein pilihan seperti ayam atau tofu ini antara yang popular dan tak rugi untuk dicuba.
Amat sesuai disediakan untuk hidangan makan malam ringkas, juga mudah dibuat jika mahu anak bawa bekal ke sekolah.
Jom Kuali kongsikan resipinya.

Bahan-bahan:
- Mi japchae
- Odeng atau kek ikan (hiris nipis)
- Lobak merah (parut memanjang)
- Bayam
- Telur
- Ayam cincang atau tofu jika suka
Perasa dan perencah:
- Sos tiram saori
- Minyak bijan
- Kicap ikan
- Serbuk rumpai laut kering
- MSG khas kanak-kanak (pilihan)
- Lada hitam secukup rasa
MENARIK DIBACA: Pertama kali cuba terus jadi! Wanita berjaya buat jem rambutan, tak sangka sedap
MENARIK DIBACA: Ramai 'terjebak' trend bayam cecah sos ala Sukiya, sekali cuba terus ketagih
Cara penyediaan:
- Rebus mi japchae hingga lembut tapi masih kenyal kemudian tos.
- Rebus atau celur odeng, bayam dan lobak merah secara berasingan supaya tekstur dan warna kekal sempurna.
- Goreng telur dadar kemudian hancurkan kecil-kecil.
- Masak ayam cincang atau tofu (jika guna).
- Dalam bekas besar, masukkan semua bahan yang telah dimasak.
- Masukkan sos tiram Saori, kicap ikan, minyak bijan, lada hitam dan MSG (jika guna).
- Gaul semua bahan hingga sebati dan naik bau harum.
- Akhir sekali, taburkan serbuk rumpai laut kering sebelum dihidang.