Roti susu letak jem blueberry, keju mozarella memang nikmat! Sekali cuba, nak lagi
ROTI bakar tak semestinya kena letak kaya atau mentega sahaja.
Kali ini, cuba pula gabungan jem blueberry dengan keju mozarella yang cair apabila dibakar.
Kombinasi dua bahan itu menghasilkan rasa manis, sedikit masam serta berlemak.
Menerusi resipi perkongsian @itsmenajwa.11, blueberry cheesy toast ini cukup mudah disediakan menggunakan roti susu yang boleh didapati di kedai serbaneka.

Bahan-bahan
- Dua keping roti susu
- Satu keping keju mozarella blok, dipotong panjang dan nipis
- Dua sudu besar jem blueberry
- Mentega atau sapuan bawang putih (garlic spread)
MENARIK DIBACA: Buat roti 'polo toast' guna air fryer, 'topping' manis rangup bikin ketagih
MENARIK DIBACA: Baunya semerbak satu rumah, ada rahsia buat roti bakar pandan gebu dan rangup
Cara penyediaan
- Ambil sekeping roti susu dan sapukan jem blueberry pada permukaannya.
- Letakkan potongan keju mozarella di atas roti yang disapu jem blueberry.
- Tutup dengan sekeping lagi roti susu.
- Panaskan kuali tidak melekat dan sapukan sedikit mentega atau garlic spread.
- Bakar roti menggunakan api kecil hingga kedua-dua bahagian sedikit garing dan keju di dalamnya cair.
- Angkat dan nikmati ketika masih panas. Siap untuk dihidangkan!