KUALI | Resipi Tradisi

Rebus dengan soda bikarbonat, rahsia pengat ubi kayu empuk berkrim

Lead Image

PENGAT ubi kayu antara pencuci mulut klasik yang ringkas tetapi penuh aroma memikat.

Dimasak dengan santan pekat, gula kabung dan daun pandan, hidangan ini menyerlahkan keenakan rasa manis berlemak ubi kayu. 

Menariknya, rahsia untuk memastikan ubi kayu cepat empuk ialah dengan merebusnya bersama sedikit soda bikarbonat.

Sesuai dinikmati panas atau sejuk, pengat ubi kayu sangat ideal untuk dihidangkan ketika waktu minum petang atau sebagai pencuci mulut selepas sajian berat.

Jom Kuali kongsi resipi hasilkan pengat ubi kayu yang enak di rumah.

Rahsia memastikan ibu kayu empuk dengan merebus bersama soda bikarbonat.

Bahan-bahan

  • 1/2 kg ubi kayu
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 ketul gula kabung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 300 g santan kotak
  • 2 cawan air
  • 3 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh esen vanilla

CARA PENYEDIAAN: Tiktokers kongsi cara mudah buat tau fu fah, siap dapat 25 bekas!

CARA PENYEDIAAN: Rangup di tepi lembut di tengah, ini resipi kuih penyaram tradisi Sarawak

Cara penyediaan

  1. Potong ubi kayu dan rebus bersama soda bikarbonat sehingga ubi empuk.
  2. Setelah empuk, masukkan gula kabung, daun pandan dan esen vanila. Rebus lagi sehingga gula larut sepenuhnya.
  3. Tambahkan garam dan kacau rata.
  4. Tuang santan pekat. Jika kuah terlalu kering, tambah sedikit air. Biarkan mendidih sehingga kuah menjadi pekat dan berkrim.
  5. Sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Serbuk nasi goreng ayam rahsia bihun goreng Singapura bertambah sedap

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Phat Phet hidangan pedas aroma Thai mengegarkan deria rasa

Terhangat