KUALI | Resipi Tradisi

Tiktokers kongsi cara mudah buat tau fu fah, siap dapat 25 bekas!

Lead Image

 

TAU fu fah antara sajian pencuci mulut menjadi kegemaran rakyat Malaysia sebagai penyegar tekak yang lazat.

Teksturnya yang lembut dengan rasa manis dari gula Melaka memberi kepuasan pada setiap suapan.

Hendak buat sendiri tau fu fah juga tidak sukar dan hanya menggunakan empat bahan utama sahaja.

Kalau nak senang, boleh ikut resipi dan cara membuat tau fu fah seperti dikongsi  Sudip D’Kitchen di TikTok.

Paling best resipi dikongsikan boleh menghasilkan 25 bekas tau fu fah mini yang boleh dikongsi bersama keluarga, jiran dan rakan-rakan. 

Jom cuba sendiri resipi tau fu fah ini di rumah. 

Bahan-bahan

Tau fu fa

  • 1 liter air soya 
  • 1 liter air
  • 150g serbuk taufufa 
  • 3 sudu besar gula 

Air Gula 

  • 2 ketul gula Melaka mini
  • 1 1/2 cawan air 
  • 3 sudu besar gula 
  • 1 helai daun pandan 

MENARIK DIBACA: Tak payah bazir duit beli di kafe... Resipi frozen coffee senang sangat, hanya perlu 3 bahan

MENARIK DIBACA: Rasa dan keharuman teh buah pelaga menenangkan, jom belajar cara membuatnya

Cara penyediaan

  1. Masak bahan-bahan untuk taufufa sehingga naik wap sahaja.
  2. Sejukkan bahan-bahan tadi selama 30 minit.
  3. Tuang ke dalam bekas adunan plastik dan simpan dalam peti sejuk. 
  4. Dalam periuk berasingan, masak pula air gula Melaka sehingga mendidih.
  5. Rehatkan seketika air gula Melaka dan simpan dalam peti. 
  6. Keluarkan taufufa sudah sejuk dan hidangkan bersama air gula Melaka tadi. 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Phat Phet hidangan pedas aroma Thai mengegarkan deria rasa

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Tak guna belacan pun sambal totok Jawa tetap ‘menyala’, makan pula dengan nasi panas-panas

Terhangat