KUALI | Resipi Tradisi

Phat Phet hidangan pedas aroma Thai mengegarkan deria rasa

Lead Image

NIKMATI kelainan rasa hidangan tradisional Thailand dikenali dengan rasa pedas, aromatik dan kaya dengan rempah ratus, Phat Phet.

Menu dikenali kerana tumisan pedas ini sebenarnya bukan saja popular di Thailand tapi ada penggemarnya dalam kalangan tempatan bahkan Singapura. 

Keunikan sajian ini terletak pada rasanya seimbang antara pedas, masin, wangi dan sedikit manis bergantung kepada jenis pes yang digunakan sesuai dengan tekak Asia.

Kalau mahu cuba masak sendiri, boleh ikuti resipi lengkap Phat Phet Ayam dikongsikan tiktokers Leezaramzi28, mana tahu sekali cuba terus berkenan!

Resipi Phat Phet Ayam senang untuk disediakan.

Bahan-bahan

  • Ayam segar 
  • 1/2 biji bawang besar 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 3 biji cili merah besar
  • 5 biji cili padi merah 
  • 1 keping lengkuas 
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Kacang panjang 
  • Daun limau purut
  • Sedikit garam

MENARIK DIBACA: Terliur tengok influencer masak kambing black pepper, tak sangka resipinya mudah

MENARIK DIBACA: Tiktokers kongsi cara mudah buat tau fu fah, siap dapat 25 bekas!

Cara penyediaan

  1. Kisar bawang besar, bawang putih, cili merah besar, cili padi merah dan lengkuas. 
  2. Tumis bahan-bahan kisar dalam minyak panas. Tambah serbuk kunyit dan gaul sampai naik aroma.
  3. Masukkan ayam segar, tabur garam dan campurkan kacang panjang dipotong. Biarkan reneh seketika.
  4. Tambah daun limau purut dan biarkan masak sebati selama beberapa minit.
  5. Boleh juga makan dengan telur dadar dan nasi sebagai pelengkap selera!

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Rebus dengan soda bikarbonat, rahsia pengat ubi kayu empuk berkrim

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Tiktokers kongsi cara mudah buat tau fu fah, siap dapat 25 bekas!

Terhangat