KUALI | Resipi Moden

Dimsum mentai keju buat ketagih, resipinya mudah boleh buat di rumah

Lead Image

SEJAK kebelakangan ini, dimsum mentai keju menjadi antara makanan dengan carian tertinggi di media sosial sehingga ramai mencadangkan tempat enak yang menjualnya.

Bagi tidak tahu apa itu dimsum mentai keju, ia merupakan hidangan memadukan dimsum dengan sos mentai pedas, keju mozzarella dan kadang-kadang dengan tambahan minyak cili.

Hidangan ini boleh disediakan sendiri di rumah dengan mengikuti pelbagai resipi dan anda hanya perlukan tempat pengukus.

Sedapnya dimsum mentai cheese meleleh ala di restoran Jepun.

Isi ayam cincang dengan sos mentai keju yang dibalut dengan kulit wantan membuatkan setiap suapan cukup memuaskan.

Nak lagi sedap dan beraroma boleh oleskan sedikit minyak bijan pada permukaan kulit wantan sebelum kukus.

Jadi, kalau anda nak cuba buat dimsum ala restoran di rumah tanpa susah payah, resipi ini memang pilihan yang tepat!

MENARIK DIBACA: Kerap sembelit dan perut kembung? Boleh cuba air rebusan kulit nanas

MENARIK DIBACA: Rahsia di sebalik semangkuk mi segera, ketahui asal usul dan evolusi sejak 4,000 tahun lalu

Bahan-bahan

  • Kulit wantan
  • 300 g isi ayam cincang
  • 1 biji telur
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 batang daun bawang 
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil gula
  • ½ sudu kecil lada putih
  • 1 sudu kecil garam 
  • 1 sudu besar tepung jagung/tepung ubi
  • Bahan sos mentai keju
  • Keju mozzarella kiub kecil 
  • 3 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar sos cili 
  • 1 sudu besar keju parut
  • 1 sudu kecil jus lemon 
  • Serbuk smoked paprika

Cara penyediaan

  1. Campurkan bahan seperti ayam, telur, bawang putih, daun bawang, sos tiram, kicap, minyak bijan, gula, garam, lada dan tepung jagung. Kemudian gaul rata.
  2. Ambil kulit wantan, letak inti ayam, lipat dan tekan bahagaian tepi.
  3. Kukus dimsum selama 10–12 minit hingga masak.
  4. Panaskan semua bahan sos dalam periuk kecil hingga keju cair dan sos pekat.
  5. Siram sos mentai keju panas di atas dimsum kukus.
  6. Tabur daun bawang atau smoked paprika untuk ada rasa aroma.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Tak perlu goreng, udang masam manis versi air fryer ‘confirm’ menjadi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Masak bebola kentang udang berkeju bersama anak, idea aktiviti cuti sekolah

Terhangat