info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Jintan bantu legakan perut ‘bloated’, gerd… Boleh jadikan minuman, minyak sapu

Lead Image

MASALAH perut kembung atau ‘bloated’ sememangnya boleh membuatkan seseorang berasa tidak selesa terutama selepas menjamah makanan.

Ramai juga mencuba pelbagai ikhtiar untuk membantu mengurangkan rasa tidak selesa tersebut.

Antaranya termasuklah menjadikan jintan manis sebagai petua bagi mengatasi masalah itu.

Di Threads , Fazlan Hassan 

mendedahkan jintan manis merupakan antara petua paling cepat membantu mengatasi masalah ‘bloated’ yang dialaminya.

"Aku tak tahu kalau kau, tapi ni (jintan manis), benda ni penawar ‘bloated’ paling laju untuk aku. Siapa pernah amalkan?" tulisnya.

Perkongsian tersebut bagaimanapun menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang turut berkongsi petua sama.

Jintan manis ini boleh dicampurkan dalam minuman teh untuk pengambilan harian.

"Petua sama dapat dari ‘colleague’ Indian. Dia cakap rebus ni dalam air kemudian minum untuk buang ‘bloated’. Lebihan boleh simpan dalam peti sejuk. Sebab rebus dengan air, dia tak boleh telan sebiji-sebiji.

"Aha! Saya selalu ‘travel’. Di India memang kebanyakan restoran akan beri jintan lepas kita makan berat. Suruh kita kunyah sikit supaya dapat legakan perut," komen beberapa warganet.

Ada juga sebahagian netizen yang mengaku sudah lama mengamalkan jintan manis dan mendakwa ia sangat membantu mengurangkan masalah perut kembung.

MENARIK DIBACA: Buat sendiri jeli kesihatan guna lemon, kunyit dan halia... Snek enak, bantu kulit 'glowing'

MENARIK DIBACA:  Tip arwah nenek! Nak beli kuali berkualiti cuma perlu periksa satu label, tahan 3 generasi

"Lebih kurang satu tahun lebih rasanya, saya amalkan jintan manis ni. Sangai sampai rangup kemudian blend bagi hancur.

"Setiap pagi ambil satu sudu teh, separuh air panas kemudian minum. Alhamdulillah perut okay dan ke tandas pun laju.

"Terima kasih kepada yang ajar, sebab memang ada masalah perut selalu kembung, gastrik, gerd.

Antara komen di Threads.

"Setiap pagi ambil satu sudu teh, separuh air panas kemudian minum. Alhamdulillah perut okay dan ke tandas pun laju.

"Terima kasih kepada yang ajar, sebab memang ada masalah perut selalu kembung, gastrik, gerd.

 

"Lepas makan terus kunyah. Mulut wangi, perut pun happy. Untuk mak-mak, buat minyak jintan kalau anak kecil selalu kembung perut, senang sangat buat.

"Hanya masak 2 sudu besar jintan manis dalam minyak kelapa 100ml, reneh 30-45 minit. Lepas tu tutup api kemudian biarkan semalaman.

"Esoknya tapis isi dalam botol. Guna kalau anak selalu sendawa atau kembung. Untuk bayi minyak ni macam minyak telon. Safe untuk newborn juga," tulisnya.

Tak kurang juga yang tampil berkongsi cara-cara pengambilan jintan manis tersebut.

"Favourite. Ambil sesudu, rendam dalam air panas 30 minit, minum macam teh.

"As perubatan Ayurveda, perempuan yang ada cyst dalam rahim boleh amalkan minuman ni daily. I did and the cyst gone atas izin Allah," katanya.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Buang toksin, kuatkan imunisasi tubuh... Ini 5 makanan 'power' bantu anda kekal sihat musim jerebu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Bawang putih tinggi khasiat, tapi seksa makan mentah! Ini tip kurang rasa 'menyengat'

Terhangat