Ramai 'takut' makan gluten, rupanya ada banyak pilihan alternatif selain tepung gandum
TEPUNG gandum sering digambarkan sebagai bahan utama untuk membuat kuih, kek atau cucur dan sering dikaitkan dengan gluten.
Bagaimanapun, masih ramai tidak mengetahui bahawa terdapat pelbagai jenis tepung lain yang bebas gluten dan boleh dijadikan alternatif dalam masakan harian.
Bagi anda yang belum tahu, gluten ialah sejenis protein yang terdapat secara semula jadi dalam beberapa bijirin dan sesetengah individu perlu mengelak pengambilannya kerana reaksi alahan atau sistem imun menyerang usus.
Perkongsian seorang wanita di Threads mengenai tepung beras membuatkan ramai netizen mengakui mereka baru mengetahui fakta tersebut.
"Baru tahu tepung beras is gluten free," tulisnya.
Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengetahuan dan pengalaman menggunakan tepung bebas gluten.
Seorang netizen menjelaskan bahawa bukan sahaja tepung beras, malah beberapa jenis tepung lain juga tidak mengandungi gluten.

"Tepung beras, tepung pulut, tepung ubi, tepung jagung, tepung badam ni semua gluten free," katanya.
Dalam pada itu, ada yang berkongsi bahawa kebanyakan kuih tradisional Melayu pada asalnya menggunakan tepung beras sebelum penggunaan tepung gandum menjadi lebih meluas.
"Ya, dan asal usul kuih tradisional Melayu banyak guna tepung beras. Mana yang dah tambah tepung gandum tu sebab British (pengaruh) dulu. Contoh cekodok pisang resipi asli hanya guna pisang dan tepung beras.
MENARIK DIBACA: Kakak anggap adik tiada adab habiskan biskut viral tanpa izin - "Aku tak sempat sentuh langsung"
MENARIK DIBACA: Ini tip, bahan rahsia masak kuetiau goreng padu macam makan di kedai
"Kalau nak buat cekodok pisang gluten free guna tepung beras.
"Tepung beras, tepung jagung, tepung ubi kayu, tepung almond gluten free. Saya buat kek semua tanpa gluten," kongsi beberapa warganet.
Ada juga yang memaklumkan bahawa kini terdapat tepung serbaguna bebas gluten dijual di pasaran.

"Ada je kak orang jual tepung serbaguna gluten free. Untuk orang yang nak cut gluten tapi masih nak makan cekodok semua tu boleh guna.
"Kemenjadian (hasil) dia sama ke tak dengan tepung gandum saya tak pastilah sebab tak pernah cuba," katanya.
Perkongsian itu juga membuatkan ramai netizen teruja dan mengakui mereka juga baru mengetahui perkara tersebut.
"Disebabkan sis baru tahu dan share sini membuatkan saya baru tahu juga, thank you sis. Jap lagi kita guna tepung beras saja.
"Sebab tu saya buat cekodok pisang dah beralih guna tepung beras. Tak ada dah rasa angin perut kalau guna tepung gandum. In fact lagi sedap sebab ada rasa crunchy di luar lembut di dalam.
"Tahu 'dunia' gluten free sebab anak eczema," antara komen netizen.