Doktor tegur tabiat tengok TV, telefon masa makan... Islam juga tuntut lihat rezeki dikurniakan Allah
BAGI sesetengah orang, menikmati hidangan tidak lengkap jika tiada telefon pintar di tangan atau tidak menonton drama di televisyen.
Ramai melihat tabiat ini sebagai perkara biasa tanpa menyedari rutin itu boleh memberi kesan terhadap kesihatan.
Menurut perkongsian seorang doktor di Threads, makan sambil melakukan aktiviti lain boleh mengganggu keupayaan otak untuk mengenal pasti isyarat kenyang.
Dr Mohammad Omar berkata, tabiat ini berpotensi menyebabkan seseorang cenderung untuk makan secara berlebihan.
"Ini satu lagi habit doktor nak tegur. Bila tengah makan, jangan tengok Netflix, layan drama ke atau tengok televisyen mahupun layan media sosial. Ada alasannya, baca bawah ni.
"Makan sambil layan telefon atau tengok televisyen boleh ganggu otak kita daripada 'tangkap' isyarat yang badan dah kenyang. Sebab tu kita mudah terlebih makan tanpa sedar.
"Bila kita tak fokus pada makanan yang dimakan, kita jadi kurang menikmati rasa, tekstur dan pengalaman makan tu sendiri.

"Akibatnya, proses penghadaman pun boleh terganggu, mudah rasa tak selesa atau senak dan secara tak sedar kita ambil lebih banyak kalori. Lama-kelamaan tabiat ni juga boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan," kongsinya.
Di ruangan komen, sebahagian netizen bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan.
Seorang warganet turut berkongsi bahawa dalam al-Quran pun turut mengajar manusia supaya memberi perhatian terhadap makanan yang dimakan.
MENARIK DIBACA: Ini tip, bahan rahsia masak kuetiau goreng padu macam makan di kedai
MENARIK DIBACA: Pemuda dedah bahaya cili kering berdebu, berkulat! Jangan 'termakan' pujuk tauke kedai
"Dalam al-Quran juga ada mengajarkan kita untuk perhatikan apa yang kita makan.
" فَلْيَنظُرِ الْإِنسَانُ إِلَىٰ طَعَامِهِ (Maksud: Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya) Surah 'Abasa, 80:24.
"My lecturer quotekan this verse masa kami belajar tentang konsep rasa kenyang selepas makan.

"Ayat ni ajarkan kita untuk memerhatikan makanan yang Allah kurniakan, perhatikan dari mana ia datang as a form of kesyukuran kita kepada Allah SWT yang mengizinkan kita dapat makan apa yang Dia rezekikan," kongsi warganet.
Sementara itu, terdapat juga netizen yang mengakui tabiat menonton ketika makan mungkin menjadi punca berat badan meningkat.
"Ni ke sebab sebelum kahwin berat around 56-60kg. Lepas kahwin naik 70kg lebih sebab terikut habit suami makan sambal tengok televisyen?
"Setuju dengan doktor sebab anak saya kalau makan mesti nak tengok televisyen. Jadi dia tak fokus, dia tak fokus dengan makanan tu sebenarnya. Nak kena cuba ubah la benda ni.
"My sisters always like all the time tengok gajet semasa makan tapi tak naik berat badan pun, macam tu je rupa dia, at the age of 40 people still taught her masih tingakatan empat.
"Oh patutlah ibu bapa saya tegas dari kecil-kecil dulu semasa makan televisyen tutup. Makan kat meja makan," antara komen warganet.