Beli telur, dapat anak puyuh! Pengguna disaran suluh dulu sebelum masak
DISANGKA beli telur puyuh, rupanya anak burung pula yang keluar!
Itulah pengalaman tidak dijangka seorang pengguna Threads apabila mendapati beberapa biji telur puyuh yang dibelinya sudah menetas menjadi anak burung.
"Order telur puyuh dapat anak puyuh," katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Lelaki berkenaan turut memuat naik gambar memaparkan beberapa ekor anak burung puyuh yang dipercayai menetas dari telur yang dibelinya.
Hantaran itu mengundang perhatian ramai dan rata-rata netizen terhibur dengan kejadian itu dan pengalaman dikongsi.
Ada yang berseloroh mengatakan lelaki itu tidak perlu lagi membeli telur puyuh kerana selepas ini boleh mendapatkan bekalan sendiri hasil daripada burung yang dibelanya.
MENARIK DIBACA: Wanita terkejut jumpa 70 ekor anak ayam di dapur, rupanya telur balut menetas secara tak sengaja
MENARIK DIBACA: Wanita putus selera sampai trauma, beli ayam gepuk dapat pakej telur lalat!
"Okaylah kak, dah ada komitmen baru sekarang. Tak lama lagi dapat telur free.
"Hidup lagi tu, boleh bela. Untung-untung tak payah order dah telur puyuh," antara komen netizen.
Bagaimanapun, seorang pengguna Threads mengingatkan lelaki tersebut supaya memeriksa setiap biji telur sebelum memasaknya kerana bimbang terdapat telur yang sudah mengandungi embrio burung.

Malah, individu itu turut berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila tanpa sedar pernah merebus telur yang mengandungi anak puyuh.
"Kalau ada yang dah menetas ni, tak mustahil ada telur lain dah jadi anak. Suluh satu-satu kat tempat gelap.
"Kalau telur tu nampak hitam atau gelap, maka maknanya dalam tu dah jadi anak.
"Takut nanti jika direbus, pecah dan masak anak burung tu. Saya pernah kena. Saya jadi trauma, rasa sangat-sangat tertekan dan terganggu. Yelah ibarat rebus dia hidup-hidup," kongsinya lagi.