KUALI | Trending

Wanita terkejut jumpa 70 ekor anak ayam di dapur, rupanya telur balut menetas secara tak sengaja

Lead Image

SEORANG wanita di China menyangka dia sedang berhalusinasi apabila menjumpai 70 ekor anak ayam di dapur rumahnya.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Jiang berkata, dia menjumpai anak ayam tersebut selepas pulang dari percutian pendek selama dua hari bersama keluarganya.

"Saya ingatkan sedang berhalusinasi apabila mendengar kicauan anak ayam dari dapur.

"Apabila saya buka pintu penuh dengan anak ayam!," katanya.

Jelas Jiang, sebelum bercuti dia ada membeli tiga papan atau 90 biji telur fermentasi iaitu balut dan ditinggalkan di atas kabinet.

Jiang juga percaya suhu panas mencecah 38 darjah celcius membuatkan telur-telur berkenaan menetas secara tidak sengaja.

MENARIK DIBACA: Byakuya aiskrim paling mahal di dunia, dihiasi emas 24 karat berharga RM28,000 

MENARIK DIBACA: Durian bukan ‘superfood’, pesakit diabetes jangan jadikan alasan makan sampai lupa diri

"Suhu tinggi bertindak sebagai perangsang inkubasi semula jadi sehingga tiga papan telur fermentasi yang saya beli menetas dalam masa dua hari," katanya.

Tidak panik dengan kemunculan anak ayam berkenaan, Jiang menyusun baju lama miliknya sebagai kandang sementara dan memberi bubur nasi kepada semua haiwan berkenaan.

Sementara itu, Jiang memberitahu kesemua anak ayam itu kini berada di rumah ibu bapanya untuk dibela.

Manakala dia memelihara dua ekor sebagai tanda peringatan kepada kejadian luar biasa itu.

Kejadian itu mendapat perhatian orang ramai yang menyifatkan ia sebagai bukti kuasa alam.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Bekas pekerja asing buka restoran ala ‘kedai tomyam’ di India, usaha perkenal pelbagai menu Malaysia dapat pujian 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Nasi khao mok RM35 buat pelanggan geleng kepala, peniaga pula ada sebab letak harga tinggi 

Terhangat