info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Pembeli pesan burger keju 'plain', peniaga selamba beri roti kosong tanpa daging

Lead Image

BURGER antara makanan paling ringkas dan mudah diperolehi ketika lapar, malah harganya juga berpatutan.

Terdapat pelbagai pilihan burger yang boleh dibeli mengikut selera masing-masing seperti burger ayam, daging, ikan, benjo (telur) dan burger keju (cheeseburger).

Di Threads, seorang lelaki berkongsi pengalamannya membeli 'cheeseburger' dan menerimanya dalam bentuk yang tidak disangka-sangka.

Seperti diketahui ramai, 'cheeseburger' biasanya dihidangkan bersama kepingan daging bersama lapisan keju serta sayur sayuran. 

Bagaimanapun, 'cheeseburger' yang dibeli itu hanyalah sebiji roti kosong bersama keju tanpa sebarang isi di dalamnya.

"Seumur hidup aku beli 'cheeseburger' tanpa 'patty'.

"Nak ketawa atau marah pun tak tahu," tulisnya dalam hantaran tersebut.

Menerusi foto yang dikongsikan, 'cheeseburger' yang dibeli hanya mempunyai roti ban dan keju.

Beranggapan mungkin penjualnya terlupa untuk memberikan patty daging pada pesanan yang dibuat, lelaki itu bertindak menghubungi semula gerai tersebut untuk mendapatkan pengesahan.

MENARIK DIBACA: Menu tulisan tangan di gerai burger jadi perhatian - "Nampak ikhlas dia buat"

MENARIK DIBACA: Bergurau ke perli? Pelanggan terkejut buka bungkusan burger lepas minta salad lebih

Dalam tangkap layar perbualan yang dikongsikan, dapat dilihat pembeli itu memberitahu 'cheeseburger' yang diterima tidak mempunyai daging, sebelum dibalas dengan jawapan di luar jangkaan.

"Bos, mana dagingnya," soal pembeli sambil menunjukkan foto roti burger kosong tanpa daging.

"Ini 'cheeseburger' bos," jawab penjual sambil menunjukkan mesej pesanan yang diterima oleh pembeli.

Melalui tangkap layar mesej pesanan yang dikongsikan, pembeli dilihat membuat pesanan 'cheeseburger' dan meninggalkan nota 'plain' yang membawa maksud 'kosong' (tanpa sayur dan sos).

Bagaimanapun penjual dipercayai beranggapan bahawa pembeli mahukan 'cheeseburger' tanpa daging dan sayur-sayuran.

Perkongsian tersebut mencuit hati netizen.

Mendengar jawapan yang diterima, pembeli beranggapan penjual mungkin bukan dalam kalangan orang tempatan kerana tidak memahami maksud 'plain' yang dimaksudkan.

"Orang yang jual mungkin bukan orang kita ni," katanya.

Di ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan kejadian tersebut malah menganggap apa yang berlaku sangat melucukan.

"Sakit perut aku gelak. Bukan daging je hilang, 'cheese' pun hilang juga.

"Minta ampun, saya tak boleh tahan ketawa.

"Ini terlalu 'plain' bos. Mana dagingnya?" antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

UiTM, PKPS gilap bakat keusahawanan mahasiswa menerusi Dapur Ehsan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Pengusaha F&B kongsi pengalaman, serik taja makanan untuk produksi filem

Terhangat