info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Pengusaha F&B kongsi pengalaman, serik taja makanan untuk produksi filem

Lead Image

AMALAN mencari tajaan makanan daripada pengusaha makanan dan minuman (F&B) bagai sudah jadi kebiasaan bagi kebanyakan penerbit atau syarikat produksi.

Walaupun bajet telah tersedia, mungkin ada yang melakukannya sebagai langkah untuk menjimatkan kos penggambaran.

Sebagai pulangan, logo syarikat F&B berkenaan akan dipaparkan pada kredit akhir (end credit) drama atau filem.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu yang juga dipercayai pengusaha produk makanan meluahkan rasa kurang senang dengan situasi ini.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman sebelum ini, pemberian tajaan kepada syarikat produksi hanya merugikan.

Perkongsian pengusaha tersebut di laman Threads.

"Nak buat filem juta-juta, tiba bab makan minta sponsor. In return, logo bisnes lekat dekat end credit. Siapa je ambil peduli pasal sponsor makanan crew dan cast?

"Jangan la kaya sorang-sorang, beramai-ramailah kaya. In this economy, and you are still out here expecting free food? The audacity!" katanya.

Dakwanya lagi, paparan logo syarikat seperti yang dijanjikan di kredit akhir drama atau filem langsung tidak membawa pulangan keuntungan kepada perniagaannya.

Selepas beberapa kali melakukannya, wanita itu mengakui serik bekerjasama dengan syarikat penerbitan.

MENARIK DIBACA: [V] "Dulu nasi pun lembik" - Erma Fatima mengaku tak pandai masak, hanya masuk dapur lepas kahwin

MENARIK DIBACA: Peniaga tergamam individu minta 'sponsor' 180 pek tiramisu, beri alasan permintaan majikan - “Bos semua cakap sedap”

"Aku pernah sponsor crew sama juga in return credit logo semua. Wallahi tak membantu apa-apa sales aku. Awareness lagilah.

"Aku tulis ni sebab aku pernah sponsor tiga drama series. Ye la masa tu baru sangat dalam industri. Tak tahu how it works," ujarnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata pengusaha perniagaan F&B bersetuju dengan pendapatnya, malah ada yang menceritakan pengalaman mereka berdepan situasi serupa.

"40 tahun hidup tak pernah lagi bila tengok wayang nak tengok end credit siapa yang sponsor.

"Percayalah, brand yang sponsor makanan untuk filem lagi banyak shout out pasal filem berbanding diaorang shout out si sponsor. Sekian dari company saya yang pernah sponsor filem dulu kala," antara komen netizen.

Komen netizen di laman Threads.

Bukan itu sahaja, seorang individu yang dipercayai terlibat dalam industri hiburan mendedahkan amalan tersebut sudah lama digunakan meskipun mereka sudah mempunyai bajet khas untuk makanan.

"Untuk filem, aku tak setuju langsung harapkan makanan sponsor. Sponsor adalah sponsor... Dalam budget memang ada makanan untuk crew yang catering sediakan," demikian komen yang ditinggalkan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Pembeli pesan burger keju 'plain', peniaga selamba beri roti kosong tanpa daging

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Rupanya daun kari ada 3 jenis... Setiap satu hasilkan rasa, aroma masakan berbeza

Terhangat