info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Menu tulisan tangan di gerai burger jadi perhatian - "Nampak ikhlas dia buat"

Lead Image

BURGER jalanan Malaysia sememangnya mempunyai keistimewaannya sendiri. 

Sebaliknya, menu yang ditulis tangan lengkap dengan lukisan setiap produk jualan serta pembungkusan comel membuatkan ramai pengguna media sosial jatuh hati.

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna Threads dikenali sebagai Nurin Irdina, yang membeli burger tersebut kira-kira pukul 1 pagi.

“Minta tolong adik ipar beli burger sebab teringin pukul 1 pagi.

Wanita ini turut menunjukkan burger yang diterima, lengkap dengan pembungkusan comel hasil sentuhan kreatif peniaga.

"Dia beli dekat kedai seorang pakcik ni. Tengoklah menu, comel saja tulis tangan berbanding guna AI,” kongsinya di Threads.

Selepas burger diterima, wanita itu sekali lagi teruja apabila melihat pembungkusannya turut dihias dengan begitu menarik.

“Dah dapat burger. Tengok pembungkusan, comel. Semoga dimurahkan rezeki pakcik,” tulisnya.

Menurut wanita itu lagi, adik iparnya membeli burger itu daripada seorang pakcik di sebuah gerai sekitar bandar Ipoh.

Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian ramai yang rata-rata memuji kreativiti peniaga berkenaan.

“Seni pakcik memang terbaik.

MENARIK DIBACA: Influencer sering buat 'content' makan ekstrem maut, sempat pesan kesihatan penting daripada wang

MENARIK DIBACA: Cara buat sos lada hitam 'terangkat', gula Melaka rahsia 'kaw'!

“Pandang pun dah tahu sedap. Nampak ikhlas dia buat.

“Bagusnya dwibahasa, siap lukis setiap satu. Kreatif sangat.

“Menu ini bukan sekadar menu, ini dah tahap karya seni tulisan tangan. Semoga murah rezeki dan makin laris kedai pakcik.

Perkongsian netizen.

“Saya lebih suka poster tulisan tangan atau poster biasa berbanding poster guna AI. Kreatif.

“Kalau saya berdiri dekat sini, ambil masa 30 minit nak hayati menu," antara komen netizen.

Perkongsian ini turut dibanjiri doa agar perniagaan pakcik berkenaan terus maju dan dimurahkan rezeki.

Dalam era serba digital, sentuhan kreatif dibuat dengan tangan sendiri nampaknya masih mampu membuat sesuatu perniagaan lebih mudah diingati dan dihargai.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Wanita pelik chia seed dalam botol air bercambah jadi 'taugeh'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Sibuk sampai tak sempat makan, lelaki tersentuh 'uncle' e-hailing belikan roti dan air

Terhangat