info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Goreng ayam keluar darah petanda teknik sembelihan tak betul?

Lead Image

PERNAH tak anda melihat cecair merah keluar daripada ketulan ayam ketika sedang digoreng?

Keadaan itu mungkin mengundang tanda tanya, malah ada yang mula risau tentang kebersihan ayam dan cara penyembelihannya.

Seorang pengguna Threads mempersoalkan sama ada keadaan tersebut normal atau mempunyai kaitan dengan proses penyembelihan ayam.

Perkongsian di laman Threads.

"Darah ayam yang keluar semasa proses menggoreng ni normal atau tidak bagi ayam yang disembelih dengan betul?" soalnya.

Hantaran itu menarik perhatian ramai apabila rata-rata netizen berkongsi pandangan dan petua dipraktikkan ketika menggoreng ayam di rumah.

Seorang netizen memberitahu perkara itu berlaku berpunca daripada penggunaan minyak pada suhu yang terlalu panas dan menyarankan api dikawal ketika proses menggoreng.

MENARIK DIBACA: Wabak H5N1: Hong Kong gantung import daging dan produk ayam dari AS, Kanada

MENARIK DIBACA: Cara mudah buang tulang kaki ayam guna playar, tak perlu cabut satu-satu

Malah, ada juga yang berpendapat ayam yang tidak berdarah tidak semestinya petanda yang baik.

"Biasanya kalau goreng ayam keluar darah macam ni maksudnya api besar dan minyak terlalu panas. Lepas ni boleh cuba goreng dengan api yang sederhana.

"Tak normal kalau goreng ayam, darah tak keluar, berkemungkinan ayam tu masak luar je," antara komen netizen.

Komen netizen di laman Threads.

Bukan itu sahaja, ada yang turut berkongsi tip menggoreng ayam bagi memastikan bahagian luar dan dalam masak dengan sempurna.

"Berdasarkan uji kaji aku. Minyak kena banyak. Lepas tu panaskan minyak betul-betul dengan api besar. Sampai dah panas, 'slow'kan api.

"Api kecil je. Biar sekejap. Lepas tu baru 'start' goreng. Biar je ayam kat situ 8 hingga 10 minit. Lepas tu kuatkan api dalam 3 hingga 4 minit," komen netizen.

Sebenarnya, cecair merah yang keluar daripada ayam tidak semestinya darah.

Ia boleh terdiri daripada air yang bercampur dengan pigmen daripada tisu otot, manakala sebahagian kecil darah juga mungkin masih tertinggal dalam tisu.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Lelaki pertahankan keaslian laksa utara, anggap 'murtad' kalau letak daun salad!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Kecewa 'terbeli' nasi lemak dijual orang Indonesia, sambalnya 'gagal'!

Terhangat