Pembeli berang, dakwa dianiaya penjual takoyaki - "Awak tunggu balasan"
APABILA mengeluarkan wang untuk membeli sesuatu, kita pasti mengharapkan apa yang dibeli itu berbaloi.
Seorang pengguna meluahkan rasa marah selepas mendapati takoyaki yang dibeli berbeza sama sekali dengan sajian sama dijual oleh peniaga lain.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads, dia memaklumkan membeli takoyaki tersebut di sebuah pasar malam di Kuantan pada 21 Oktober lalu.

Ketika hendak menikmati takoyaki itu, dia mendapati isi (makanan laut) dalam takoyaki itu terlalu sedikit, malah terdapat juga takoyaki angin (kosong) tanpa sebarang inti.
"Allah itu maha hidup dan maha melihat setiap perbuatan yang kita buat. Jangan pernah main-main dengan orang yang tengah lapar.
"Duit yang saya bayar hasil titik peluh saya, seciput je inti dan ada yang kosong tiada inti.
"Saya dah cuba takoyaki di banyak tempat tapi tak seteruk ini. Tak apa, saya dah mengadu dengan Allah. Awak tunggu balasan. Terima kasih," luahnya.
MENARIK DIBACA: Takoyaki ori di rumah influencer Jepun jadi perhatian, 'lari' versi Malaysia! Proses 'pusing tepung' pun lain
MENARIK DIBACA: Ramai ingat hirisan sotong, rupanya taburan atas takoyaki adalah sejenis ikan! Proses penghasilannya ambil masa 6 bulan
Pada masa sama, pengguna tersebut turut beranggapan bahawa penjual takoyaki itu sekadar mahu mengaut keuntungan dengan cara menganiaya pembeli.
"Jangan berniaga sekerat jalan nak untung atas angin aniaya orang.
"Kepada penjual takoyaki, awak aniaya pembeli macam ni, awak tunggu balasan dari Allah.
"Ingat, awak laki bini takkan ke mana dengan cara mencari rezeki yang tak berkat seperti ini," katanya.
Hantaran yang dikongsikan itu mendapat perhatian pengguna lain yang turut kesal dengan nasibnya.

Malah, komen seorang pengguna turut mendakwa pernah berdepan pengalaman serupa dengan penjual yang sama.
"Saya pun terkena juga semalam, mentah dalam (belum masak).
"Tak faham dengan penjual takoyaki letak inti kecil macam ni, sambil makan kita kena berteka-teka inti apa sebab tak rasa langsung.
"Sakit hati betul beli takoyaki tak ada inti, baik kau tulis takoyaki angin je," antara komen netizen.
Untuk info, takoyaki bermaksud sotong kurita (tako) bakar (yaki) atau bebola kurita, iaitu sejenis snek popular dari Osaka, Jepun.
Di Malaysia, takoyaki telah diubah suai mengikut bajet menggunkan inti udang, sotong, sosej dan jejari ketam.