Jual sandwic inti 'ciput'! Peniaga kedekut, aniaya orang ramai ditempelak
MURUNG jadinya apabila perut sedang berkeroncong, sandwic yang dibeli dengan harapan dapat mengurangkan rasa lapar 'rupa'nya amat mengecewakan.
Situasi ini dilalui seorang wanita yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sandwic dibeli yang didakwa mempunyai inti sardin terlalu sedikit dan inti telur basi.
"Siapa berniaga macam ni tak berkat langsung, saya kena scam.

"Update terkini, sandwic telur 'angin' pula! Tapi ni ada perasa tambahan, basi sekali," kongsinya di Threads.
Menerusi ruangan komen, dia turut meluahkan kekecewaan apabila inti telur hanya diletakkan di tepi roti supaya boleh dilihat pelanggan.
"Takut suami saya pesan sandwic nak roti lebih bukan inti lebih.
MENARIK DIBACA: Tak ramai tahu kulit buah salak rupanya boleh dijadikan penawar sakit diabetes, sembelit
MENARIK DIBACA: Jangan salah pilih daun limau purut, pastikan bentuk '8' elak masakan jadi pahit
"Tengah lapar ni, buka sandwic, salad tu macam senipis 'iman' saya," kongsinya lagi.
Hantaran wanita itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang kurang senang melihat keadaan sandwic dibeli, malah bersimpati dengan nasibnya.
"Inti dia banyak tu. Dia lupa potong roti.

"Tak tahu nak gelak atau nangis. Terutama beli time tengah sibuk, perut bergendang nak sesuatu cepat dan mudah.
"Murung tengok. Pergi kedai sekarang beli roti, timun, tuna dan telur, awak buat sandwic sendiri makan puas.
"Saya biasa beli tanya penuh ke separuh. Kalau harga sampai RM5 lebih macam tak berbaloi nak beli," antara komen netizen.