info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Wanita bazir tepung cuci minyak tumpah jadi perhatian! Ada cara mudah, pilih cara susah

Lead Image

CARA seorang wanita membersihkan minyak masak yang tertumpah di atas lantai rumahnya mencuri perhatian warganet.

Menerusi perkongsian video, wanita dari Indonesia dikenali sebagai Siwi Hanna itu memaklumkan dia tidak sengaja menumpahkan hampir dua liter minyak masak ke atas lantai.

Apa yang mengundang perhatian netizen apabila wanita itu menggunakan tepung gandum bagi mencuci tumpahan minyak tersebut.

Perkongsian di laman Threads.

"Warga semangatin aku dong! In this economy, aku ga sengaja numpahin minyak hampir 2 liter dan bersihin pakai 3 kilogram tepung terigu," tulisnya.

Bersama kapsyen berkenaan, Siwi turut memuat naik video yang memaparkan aksi dirinya menguli tepung yang sudah bercampur dengan minyak di atas lantai.

Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang tampil berkongsi cara lebih mudah untuk membersihkan tumpahan minyak tanpa perlu menggunakan tepung dalam jumlah banyak.

MENARIK DIBACA: Minyak kulit ayam bantu tumbesaran si kecil, kuatkan antibodi... Ini cara buat kiub 'frozen'

MENARIK DIBACA: Kulit, lemak ayam jangan buang! Buat minyak sendiri, bantu tambah selera makan anak

Menurut mereka, minyak yang tertumpah sebaiknya diserap terlebih dahulu menggunakan kain buruk atau tisu sebelum lantai dibersihkan dengan bahan pencuci.

"Kakak cantik, lap dulu guna kain. Serap, perah, serap, perah ke dalam besen. Bakinya barulah guna tepung supaya tak melekit.

"Lap dulu pakai kain. Bakinya tuangkan sabun secukupnya dan lap seperti biasa. Minyak apabila terkena sabun akan lebih mudah dibersihkan," tulis seorang lagi pengguna.

Komen netizen di laman Threads.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang terhibur melihat aksi Siwi sehingga menyamakan perbuatannya seperti kanak-kanak yang sedang bermain tanah liat.

"Kak, macam toddler sedang sensory play.

"Belum baca kapsyen, terus tengok video. Agak terkejut sebab ingatkan konten 'street food' India," usik netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Kopi ada logo halal didakwa diproses guna tong arak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Kopitiam tempatan popular, Oriental Kopi mohon maaf buku menu tiada Bahasa Melayu

Terhangat