info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Kopitiam tempatan popular, Oriental Kopi mohon maaf buku menu tiada Bahasa Melayu

Lead Image

PENGASAS dan juga pemilik kepada jenama kafe tempatan berkonsepkan kopitiam, Oriental Kopi, Calvin Chan Jian Chern memohon maaf selepas menerima teguran pengguna terhadap buku menu Oriental Kopi yang hanya memaparkan menu dalam tulisan Bahasa Inggeris dan Cina.

Pengguna tersebut meluahkan rasa kesal apabila menganggap bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) seolah-olah diketepikan oleh sebuah jenama tempatan.

"Menu Oriental Kopi Bahasa Inggeris dan Cina je? Bahasa kebangsaan diketepikan.

"Tak pernah lagi negara lain jadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ketiga," tulisnya.

Mengambil maklum hantaran yang dikongsikan, Calvin tampil dengan muat naik hantaran permohonan maaf dan mengakui kekurangan tersebut.

Kenyataan permohonan maaf pengasas Oriental Kopi, Cavin Chan Jian Chern.

Menurut Calvin, sebagai sebuah jenama yang lahir di Malaysia, pihaknya sentiasa menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Terima kasih atas teguran dan pandangan yang diberikan. Kami amat menghargainya.

"Sebagai jenama yang lahir di Malaysia, kami sentiasa menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita.

"Kami mohon maaf atas kekurangan ini. Kami memang menghargai keprihatinan ini terhadap Oriental Kopi," ujarnya yang turut memohon diberikan ruang untuk menambah baik aspek tersebut.

Menerusi hantaran sama, Calvin turut menjelaskan pihaknya dalam proses untuk memperkenalkan reka bentuk menu baharu termasuk penggunaan Bahasa Melayu.

MENARIK DIBACA: Cuba pecah rekod dunia, Oriental Kopi sasar jual 10,000 nasi lemak dalam masa 8 jam

MENARIK DIBACA: Pelajar miskin bersyukur pertama kali dapat makan anggur dalam jumlah banyak

"Kami dengan rendah hati memohon sedikit masa untuk melaksanakan penambahbaikan ini.

"Oriental Kopi adalah untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan latar belakang. 

"Kami akan terus berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia melalui makanan-makanan warisan negara kami," tulisnya.

Terbaharu, Oriental Kopi sekali lagi menjadi sasaran kecaman netizen apabila Kuantan dikatakan sebuah negeri.

Oriental Kopi sekali lagi dikecam selepas menganggap daerah Kuantan di Pahang sebagai negeri.

Menerusi hantaran yang dikongsikan, Oriental Kopi berkongsi rasa teruja untuk membuka sebuah cawangan baharu di Kuantan, Pahang.

"Kami akan bincang dengan 'team management' ya, kami pun teringin sangat nak buka di negeri Kuantan," tulisnya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut mengundang perhatian apabila terdapat perkataan 'negeri' Kuantan, sekali gus menimbulkan persoalan tentang tahap pengetahuan 'admin' yang mengendalikan hantaran tersebut mengenai Malaysia.

"Mustahil kalau jadi rakyat Malaysia tapi tak kenal nama negeri.

"Selama ini aku duduk dalam negeri Kuantan rupanya, bukan daerah," komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Wanita bazir tepung cuci minyak tumpah jadi perhatian! Ada cara mudah, pilih cara susah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Jaya Grocer komited perkukuh keyakinan pembeli, produk JS Meats kini peroleh sijil halal Jakim

Terhangat