Pelajar miskin bersyukur pertama kali dapat makan anggur dalam jumlah banyak
BAGI sesetengah orang, anggur merupakan buah-buahan biasa yang dimakan setiap hari sama ada sebagai snek ringan atau dijadikan pencuci mulut.
Bagaimanapun, bagi golongan yang berdepan kekangan ekonomi, anggur bukanlah sesuatu yang boleh dinikmati selalu malah ada yang langsung tidak pernah tahu bagaimanakah rasa buah itu.
Seorang pelajar lelaki di Indonesia meluahkan rasa gembira dan teruja apabila berpeluang menikmati anggur yang diperoleh menerusi Program Makan Bergizi Gratis (MBG).

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram Infombg, dengan nada teruja pelajar berkenaan memberitahu dia pertama kali dapat makan anggur dalam jumlah banyak sambil menunjukkan plastik mengandungi beberapa biji buah tersebut.
"Pertama kali boleh makan anggur sebanyak ini.
"Kalau beli memang jarang, malah rumah saya tidak pernah ada buah anggur.
"Buah ini kecil tapi rasanya sangat manis," kata remaja tersebut.
MENARIK DIBACA: Ibu hamil makan anggur hitam bantu cegah jaundis bayi, ini fakta anda perlu tahu
MENARIK DIBACA: Ratusan pelajar keracunan makanan lepas makan sajian percuma, ketua dapur dipecat
Dalam video yang dikongsikan, dia turut meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menikmati buah anggur yang disediakan MBG.
Dia juga turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, atas pelaksanaan program berkenaan yang disifatkannya memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya golongan yang tidak berpeluang menikmati pelbagai jenis buah-buahan.
"Terima kasih Pak Prabowo kerana sudah adakan MBG.
"Alhamdulillah program ini sangat berguna untuk masyarakat kecil seperti saya yang jarang beli buah.
"Melalui MBG, dapat juga saya merasai buah anggur yang enak. Terima kasih Pak Prabowo," ujarnya.

Di ruangan komen, ternyata remaja itu tidak keseorangan apabila seorang pengguna turut berkongsi pengalaman pertama kali dapat merasai buah laici yang diterima anaknya menerusi MBG.
"Semenjak ada MBG, saya dan anak tahu rasanya buah laici," komen seorang wanita.
Luahan rasa remaja tersebut turut menarik perhatian netizen yang berasa terharu melihat remaja tersebut bersyukur atas rezeki yang diterima.
Alhamdulillah program ini sangat berguna untuk masyarakat kecil seperti saya yang jarang beli buah.
MURID
"Berikan MBG pada mereka yang pandai bersyukur.
"Saya doakan semoga kamu sukses dan boleh makan apa sahaja," komen netizen.
Walaupun program MBG sering berdepan dengan pelbagai kontroversi bermula dengan isu kualiti makanan, keracunan sehingga rasuah, sedikit sebanyak program tersebut memberi gambaran usaha kerajaan Indonesia untuk memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak di negara tersebut.