info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Makmal Denmark hasilkan coklat tanpa koko, sisa makanan jadi bahan asas

Lead Image

SIAPA sangka sisa makanan yang biasanya dibuang boleh diolah menjadi makanan menyerupai coklat?

Itulah antara usaha dilakukan oleh Spora iaitu sebuah makmal inovasi makanan di Copenhagen, Denmark yang meneroka kaedah baharu untuk mengurangkan pembaziran dan menghasilkan makanan lebih lestari.

Makmal yang diterajui oleh Chef Rasmus Munk itu menggabungkan kepakaran cef dan saintis bagi menghasilkan idea makanan baharu termasuk menggunakan bahan lebihan untuk menghasilkan produk makanan lebih menarik dan boleh dinikmati.

Pencipta kandungan makanan dan pelancongan iaitu Anders Husa dan Kaitlin Orr berkongsi pengalaman mereka ketika melawat makmal tersebut menerusi video di Instagram.

Lebihan sisa makanan diteroka semula oleh makmal Spora untuk menghasilkan produk makanan baharu.

Antara makanan dicuba ialah produk yang kelihatan dan mempunyai rasa seperti coklat tetapi tidak menggunakan koko.

"Ini bukan coklat. Rupanya seperti coklat dan rasanya sama tetapi ia dibuat daripada sisa makanan," kata Kaitlin ketika memperkenalkan produk itu.

Coklat tanpa koko

Salah satu produk yang menarik perhatian mereka ialah Snap iaitu makanan yang menyerupai coklat tetapi tidak menggunakan koko.

Produk ini dihasilkan menggunakan bahan lebihan daripada proses pembuatan bir.

Menurut Kaitlin, Snap mempunyai tiga pilihan iaitu coklat gelap, coklat susu dan coklat keemasan.

Malah rasanya dikatakan mempunyai gabungan rasa kekacang dan karamel.

Mereka turut mencuba truffle Snap yang mempunyai inti krim lemon dan terkejut kerana rasanya hampir menyerupai coklat biasa.

Penghasilan produk ini menunjukkan bahawa bahan lebihan daripada industri makanan masih boleh digunakan untuk menghasilkan produk baharu yang menarik.

Koktel Ant Hill menggunakan semut sebagai salah satu bahannya dan dihiasi dengan seekor semut sebenar.

Bukan coklat sahaja diuji

Selain makanan seakan-akan coklat, Anders dan Kaitlin turut mencuba beberapa makanan lain yang dihasilkan melalui eksperimen Spora.

Antaranya ialah smoothie hijau dan salad tanpa daging yang menggunakan kek rapeseed iaitu sejenis tumbuhan membolehkan bijinya boleh menghasilkan minyak.

MENARIK DIBACA:  Tip simpan baki daun sup agar tak cepat layu, kekal wangi... Tiada lagi pembaziran!

MENARIK DIBACA: Label 'less sugar', hakikatnya tinggi gula! Ini cara kenal pasti yogurt 'sihat

Lebih menarik, mereka turut berpeluang mencuba koktel yang dikenali sebagai Ant Hill dari restoran Alchemist.

Minuman itu menggunakan semut sebagai salah satu bahannya dan dihiasi dengan seekor semut sebenar.

Pelbagai makanan ini menunjukkan bahawa bahan yang jarang digunakan dalam makanan harian juga diteroka untuk menghasilkan hidangan berbeza.

Kurangkan pembaziran makanan

Usaha Spora bukan sekadar menghasilkan makanan yang unik.

Makmal ini juga mencari cara untuk mengurangkan pembaziran makanan dengan menggunakan bahan lebihan yang biasanya dibuang.

Selain itu, mereka turut mengkaji sumber protein alternatif yang boleh digunakan sebagai pilihan selain daging.

Chef Rasmus Munk juga meneroka idea baharu dalam penyediaan makanan menerusi restorannya, Alchemist dengan memberi perhatian kepada cara menjadikan makanan lebih lestari.

Secara tidak langsung, usaha ini membuka peluang untuk menggunakan bahan makanan dengan lebih baik dan mengurangkan jumlah bahan yang dibuang.

Inovasi seperti Snap menunjukkan bahawa sisa makanan tidak semestinya tidak berguna.

Dengan kaedah yang sesuai, bahan lebihan boleh diproses menjadi produk makanan baharu yang mempunyai nilai.

Walaupun produk seperti Snap bukan coklat sebenar kerana tidak menggunakan koko tetapi rasanya yang menyerupai coklat memberi gambaran tentang kemungkinan baharu dalam penghasilan makanan pada masa hadapan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Pelajar miskin bersyukur pertama kali dapat makan anggur dalam jumlah banyak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Pergi Rembayung tak tempah 'seat' untuk bayi, pelanggan kecewa cara staf kendali situasi

Terhangat