info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Pergi Rembayung tak tempah 'seat' untuk bayi, pelanggan kecewa cara staf kendali situasi

Lead Image

SEKUMPULAN pelanggan yang ingin menjamu selera di restoran milik pempengaruh Khairul Aming (KA) kecewa apabila seorang daripada mereka didakwa diminta keluar kerana jumlah individu yang hadir melebihi bilangan tempat duduk ditempah.

Salah seorang daripada ahli kumpulan itu meluahkan rasa kecewa di Threads apabila mendakwa staf Rembayung tidak membenarkan rakannya makan di premis berkenaan.

Menurutnya, dia pelik dengan polisi restoran tersebut yang mewajibkan kanak-kanak berusia bawah setahun dikira dalam kapasiti tempahan. 

"Hello Rembayung, kids under one year old pun kena kira ke? Hahaha.

Perkongsian di laman Threads.

"Kitaorang dah battle seminggu lepas tu dah sampai depan kedai dia kata seorang dewasa kena keluar sebab kita hanya tempah untuk lapan orang. Oh tuhan rasa nak meletup!" tulisnya.

Bagaimanapun individu itu mengakui kesilapan kerana tidak meneliti video penjelasan mengenai polisi tempahan yang pernah dikongsikan KA sebelum ini.

MENARIK DIBACA: Lauk dibungkus ada 'isu', pelanggan sejuk hati cara Rembayung tangani masalah- "Terbaik dan next level"

MENARIK DIBACA: TokTi sambut hari jadi pengurus di Rembayung... Sama macam orang lain, tetap kena 'battle' slot!

Dalam pada itu dia berpendapat pihak restoran sepatutnya dapat menawarkan penyelesaian lain, lebih-lebih lagi selepas pelanggan suah tiba di premis dan bersedia untuk makan.

"Okaylah, we admit it was our fault sebab tak tengok video penjelasan KA, tapi mana penyelesaian awak untuk pelanggan.

"Kita mengaku je ada salah tapi staf dia tak ada ayat lain ke, tak habis-habis 'kena balik, kena keluar, keluar book lagi'," ujarnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya mempertahankan tindakan staf Rembayung, selain berpendapat pelanggan sepatutnya lebih peka terhadap polisi tempahan yang ditetapkan.

Komen netizen di laman Threads.

"Hari ni Hari Orang Bodoh Sedunia ke apa? Ramai pula bangang macam ni hari ni.

"Cuba awak booking tiket flight lepas tu jangan booking yang anak umur satu tahun awak. Agak-agak boleh naik tak flight anak awak?" tulisnya.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang melihat perkara itu dari sudut berbeza apabila mencadangkan supaya pihak restoran mempertimbangkan alternatif lain yang lebih baik.

"Instead of kick one person, maybe boleh cuba untuk tambah one chair. Kadang orang datang jauh tau," tulisnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Makmal Denmark hasilkan coklat tanpa koko, sisa makanan jadi bahan asas

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Lelaki Britain pecah rekod dunia tanam labu gergasi! Lebih berat daripada badak putih

Terhangat