info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Lauk dibungkus ada 'isu', pelanggan sejuk hati cara Rembayung tangani masalah- "Terbaik dan next level"

Lead Image

PASUKAN khidmat pelanggan Rembayung menerima pujian ramai selepas dengan pantas menyelesaikan isu pesanan pelanggan yang tersalah diberikan dengan cara dianggap cukup profesional.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang pelanggan berkongsi pengalaman selepas menerima lauk yang tidak menepati pesanannya ketika membeli makanan secara bungkus di restoran berkenaan.

Menurut pelanggan itu, dia pada awalnya memesan gulai jenahak, namun apabila tiba di rumah baru menyedari lauk yang diterima ialah gulai ikan masin.

"Customer service Khairul Aming dan Rembayung ni memang next level ya. Semalam aku take away lauk di Rembayung, sebelum balik aku dah check lauk kemudian terus buat bayaran. Sampai saja di rumah baru perasan gulai jenahak yang aku pesan tersilap dan dapat gulai ikan masin.

"Sis tak 'merentan' sebab tahu Khairul Aming memang sangat prihatin bila melibatkan perkara macam ni. Jadi aku hanya hantar mesej melalui Threads, TikTok, Instagram dan emel, haha laju weh Khairul Aming balas kat Thread. Mesej jam 9 malam dan dapat respon jam 11 malam," tulisnya.

Dia memaklumkan bahawa isu itu diselesaikan pada keesokan harinya apabila restoran berkenaan menghantar semula gulai jenahak menggunakan perkhidmatan penghantaran, selain menyertakan kuih badak berendam secara percuma serta sekeping nota permohonan maaf.

Antara komen di Threads.

"Hari ni dah selesai, team Rembayung terus hantar lauk ganti gulai ikan jenahak siap bagi kuih badak berendam percuma dan nota permohonan maaf.

"Terharu sangat sebagai pelanggan biasa ni. Sebab ramai dah buat ulasan tentang makanan kat Rembayung tapi kali ini aku nak review customer service team Khairul Aming.

"Memang terbaik dan next level. Bukan sebab mereka tak pernah buat silap tapi cara mereka mengendalikan kesilapan itu memang world class," katanya.

MENARIK DIBACA: Cara mudah hasilkan telur separuh masak 'cantik kejadian' ala kopitiam, bawah 10 minit siap!

MENARIK DIBACA: Pelanggan dakwa nampak lipas dekat mesin aiskrim, Ikea ambil tindakan segera

Di ruangan komen, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing berurusan dengan pasukan khidmat pelanggan Rembayung.

Seorang warganet mendakwa pernah berdepan masalah sistem tergendala sehingga ada makanan yang tidak sempat dibayar semasa menjamu selera di restoran itu.

"Saya punya kes masa sistem down hari itu ada makanan yang tak dibayar sekali. Saya mesej nak ganti bayaran. Alhamdulillah, Khairul Aming kata dia belanja. Memang laju dia balas mesej," katanya.

Seorang lagi netizen pula berpendapat pelanggan seharusnya mencontohi wanita itu dan menghubungi pemilik atau pasukan khidmat pelanggan terlebih dahulu sekiranya berlaku kesilapan.

"Macam inilah betul. Hubungi pemilik atau pasukan mereka dulu bukan terus buat Thread merentan semata-mata nak dapatkan likes dan komen," tulisnya.

Malah, ada juga yang menyifatkan layanan pelanggan yang diberikan menjadi antara faktor Rembayung terus mendapat sokongan ramai.

"Sebab itu Khairul Aming berjaya dan jadi kesayangan rakyat Malaysia. Mentaliti dia berbeza dan ni menunjukkan didikan yang diterimanya. IQ (kecerdasan intelektual) dan EQ (kecerdasan emosional) sama-sama tinggi," komen seorang netizen.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Ahmad's HotChicken tampil dengan identiti baharu, lantik CEO AI bantu majukan bisnes

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Penjelasan punca kejadian isi ayam bertukar hijau... Nampak geli tapi boleh dimakan!

Terhangat