info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Momen

Ahmad's HotChicken tampil dengan identiti baharu, lantik CEO AI bantu majukan bisnes

Lead Image

MAKANAN segera tempatan yang terkenal dengan hidangan ayam goreng, Ahmad's Fried Chicken secara rasmi mengumumkan bahawa jenama itu kini dikenali sebagai Ahmad's HotChicken.

Selain penjenamaan semula, francais yang memiliki lebih 40 cawangan di seluruh negara itu turut memperkenalkan identiti baharu mereka, termasuk beberapa menu yang dibangunkan semula.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan dalam Instagram rasmi, pihak pengurusan Ahmad's HotChicken memberitahu langkah tersebut menandakan evolusi jenama ke arah pengalaman ayam goreng pedas yang lebih moden dan berbeza berbanding apa yang tersedia di pasaran.

Antara pengenalan produk baharu Ahmad's HotChicken iaitu Mac & Cheese yang creamy dengan beef bacon yang rangup serta sos istimewa.

"Kami bukan sekadar menukar logo atau nama, tetapi kami bina semula keseluruhan pengalaman dengan produk, resipi, identiti sehinggalah kepada pengalaman pelanggan di outlet," ujarnya.

Selain itu, Ahmad's HotChicken turut memperkenalkan resipi ayam goreng yang diperbaharui apabila setiap ketul ayam disalut dua kali tepung bagi menghasilkan tekstur yang lebih rangup sebelum digoreng segar.

Dalam pengumuman sama, Ahmad's HotChicken turut memperkenalkan satu lagi pembaharuan apabila menjadi antara jenama makanan segera pertama di Malaysia yang menggunakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AI.

MENARIK DIBACA: Malaysia perkukuh kuasa kulinari serantau, lapan sajian masuk senarai 100 terbaik dunia... Mi Bandung ditangga kelima

MENARIK DIBACA: Roti canai antara 50 sarapan terbaik di dunia, kalahkan bubur ayam dan nasi goreng Indonesia

Lantikan CEO AI tersebut dibuat bagi membantu menguruskan operasi, pemasaran serta melakukan analisis dan keputusan strategik secara lebih pantas.

"Teknologi AI membolehkan kami bergerak lebih pantas, membuat keputusan berasaskan data dan terus menambah baik pengalaman pelanggan.

"Ia adalah sebahagian daripada hala tuju Ahmad's HotChicken untuk membina jenama makanan segera di masa depan," katanya.

Ahmad's HotChicken merupakan francais makanan segera tempatan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemarnya.

Sebagai info, Ahmad’s HotChicken diasaskan oleh Lailatul Sarahjana Mohd Ismail bersama suaminya, Mohd Taufik Khairuddin, yang kedua-duanya berusia 34 tahun.

Pasangan itu mengambil langkah ini selepas menyedari terdapat peningkatan mendadak dalam minat terhadap produk keluaran tempatan.

Ketika perniagaan bakeri dalam talian mereka merosot semasa pandemik Covid-19, pasangan ini mengambil keputusan untuk beralih arah kepada perniagaan ayam goreng.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Tunggu pelanggan sampai tersengguk! Wanita sebak, pukul 4.30 pagi pakcik masih gigih cari rezeki

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Lauk dibungkus ada 'isu', pelanggan sejuk hati cara Rembayung tangani masalah- "Terbaik dan next level"

Terhangat