info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Kulit, lemak ayam jangan buang! Buat minyak sendiri, bantu tambah selera makan anak

Lead Image

ANAK-ANAK kecil sememangnya mempunyai fasa memilih makanan, dengan kebanyakannya lebih gemar menikmati snek berbanding hidangan utama yang lebih berkhasiat.

Tabiat pemakanan seperti itu boleh menyebabkan pengambilan nutrien harian tidak mencukupi sekali gus memberi kesan kepada tumbesaran dan perkembangan mereka.

Bagi ibu bapa yang sedang mencari cara mudah untuk menambah khasiat dalam masakan anak, perkongsian seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Nursuaidah Ramlan ini mungkin boleh dijadikan inspirasi.

Menurutnya, kulit dan lemak ayam yang sering dibuang sebenarnya boleh diproses menjadi minyak masakan yang sesuai digunakan untuk menumis makanan si kecil.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai.

"Mari sini mak-mak yang nak gemukkan dan kuatkan antibodi anak. Kalau ada kulit ayam tu tolong jangan buang," tulisnya.

Tambahnya, proses penyediaan minyak kulit ayam sangat mudah dan menjimatkan kerana ibu bapa tidak perlu mengeluarkan wang membeli makanan tambahan.

"Buat minyak macam ni lepas tu boleh guna untuk titis atau tumis dekat makanan bayi. 'Auto' bayi berselera makan, tak tipu ya!

"Auto ada hidden fats + omega 3 dan 6 daripada lemak paha ayam tu," katanya.

MENARIK DIBACA: Ghee bantu naikkan selera makan si kecil, ibu boleh letak dalam nasi

MENARIK DIBACA: Ramai jatuh cinta keenakan tomyam Thailand, rahsianya cuma kulit dan kepala udang!

Menurut perkongsiannya lagi, ibu bapa hanya perlu mengambil satu atau dua kiub minyak setiap kali memasak untuk menumis bawang atau menyediakan hidangan seperti bubur, sup dan nasi goreng bagi anak-anak.

Cara penyediaan minyak lemak kulit ayam:

Basuh kulit dan lemak ayam sehingga bersih, kemudian tos air sepenuhnya. Cabut bulu yang masih melekat jika ada.

Gunting atau potong kecil-kecil kulit sert lemak supaya minyak lebih cepat keluar.

Minyak lemak ayam kaya kandungan omega 3 dan omega 6.

Masukkan ke dalam kuali tanpa menambah minyak.

Masak menggunakan api perlahan dan biarkan kulit ayam mengeluarkan minyaknya sendiri.

Kacau sekali-sekala sehingga minyak keluar sepenuhnya dan kulit bertukar garing keperangan.

Tapis menggunakan penapis dan ambil minyaknya sahaja.

Tuang minyak ke dalam acuan kiub ais dan simpan di bahagian sejuk beku.

Setelah beku, keluarkan dan simpan di dalam bekas bertutup.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

3 kali disebut dalam al-Quran, ini 6 sebab buah delima dianggap 'superfood'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Ghee bantu naikkan selera makan si kecil, ibu boleh letak dalam nasi

Terhangat