info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Kanak-kanak Ireland ketagih makanan tempatan, 'terbang' ke Malaysia 2 kali setahun

Lead Image

KISAH seorang kanak-kanak dari Ireland berusia empat tahun dikenali sebagai Axel mencuri perhatian ramai apabila dia menggemari makanan Asia Tenggara, terutama dari Malaysia.

Ibu bapa kanak-kanak itu sering memuat naik video di TikTok The Smith Approve memaparkan gelagat anak mereka menikmati pelbagai hidangan tempatan hingga membuatkan ramai terhibur.

Menurut ibunya, Samantha, Axel mula diperkenalkan dengan masakan dari Asia Tenggara iaitu Thailand dan Vietnam ketika dia berusia sembilan bulan.

Penjaga Axel, Samantha dan Gavin akan membawa anak mereka ke Malaysia dua kali setahun.

"Ketika berusia tiga tahun, kami berpeluang berkunjung ke Malaysia dan sejak itu, dia mula jatuh cinta dengan pelbagai rasa makanan Malaysia," ujarnya.

Kata Samantha lagi, apabila menyedari perkara ini keluarganya akan melancong ke Malaysia selain ke Thailand dan Vietnam sebanyak dua kali setahun untuk memberi peluang kepada Axel menikmati pelbagai makanan kegemarannya.

Secara berseloroh dia berkata mereka sekeluarga seolah-olah sudah terikat untuk berkunjung ke Thailand, Malaysia dan Vietnam setiap tahun bagi memenuhi selera Axel.

Antara makanan kegemaran Axel termasuk sate.

Antara menu yang berjaya menambat seleranya termasuk sate, mi sup, dumpling serta durian yang terkenal dengan aroma tersendiri. 

Tidak ketinggalan, si cilik itu turut menggemari masakan sambal garing ikan bilis yang dinikmatinya bersama kari ayam.

Setiap kali menikmati makanan yang menepati seleranya, Axel akan memberikan isyarat ibu jari sebagai tanda suka, berserta ungkapan ikoniknya 'Axel Approves'.

Menurut bapanya, Gavin, dia tidak menyangka tindakan memperkenalkan makanan Asia Tenggara kepada Axel akan memberi kesan apabila dia terus menggemari masakan pedas dan berempah sehingga kini.

MENARIK DIBACA: [V] Zizi Kirana cerita nikmat makan nasi goreng Cina ketika pelayaran ke Gaza, diberi roti hancur dalam tahanan

MENARIK DIBACA: Rita Rudaini tak kisah 'shopping' barang dapur seorang diri, ada ChatGPT di sisi dah cukup!

"Kalau makanan itu tidak cukup rempah, tidak cukup pedas atau tidak menawarkan rasa asli, makanan itu tidak akan mendapat ‘cop kelulusan’ Axel," kongsinya menerusi hantaran video,

Kerinduan Axel terhadap makanan Malaysia tidak berakhir selepas pulang ke negara asalnya. 

Di Ireland, Samantha dan Gavin mendapatkan bekalan makanan dan snek tempatan di kedai runcit barangan Malaysia, selain menyediakan sendiri hidangan tempatan di rumah.

Jika tidak cukup rempah dan pedas, makanan itu tidak akan dapat 'cop kelulusan' dari Axel

Gavin

Melihat minat luar biasa Axel terhadap makanan tempatan, ruangan komen akaun keluarganya turut dibanjiri pelawaan daripada netizen Malaysia yang mahu dia berkunjung ke negeri lain seperti Pulau Pinang, Ipoh dan Melaka untuk mencuba lebih banyak hidangan popular.

Kisah Axel membuktikan bahawa makanan bukan sekadar mengisi perut, malah mampu menjadi 'jambatan' yang menghubungkan budaya dan masyarakat dari negara berbeza.

Walaupun berasal dari Ireland, kecintaan Axel terhadap sambal, durian dan pelbagai hidangan tradisional Malaysia membuatkan ramai rakyat tempatan berasa bangga.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Malaysia ada karipap, teh 'O'! Ini makanan istimewa rai tetamu di 6 negara berbeza

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Masak nasi lemak dalam hotel di Jerman... Arieni Adriena mohon maaf, sedar buat silap

Terhangat