info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Malaysia ada karipap, teh 'O'! Ini makanan istimewa rai tetamu di 6 negara berbeza

Lead Image

SETIAP negara pasti ada makanan tertentu yang biasa dihidangkan kepada tetamu bertandang ke rumah.

Begitu juga di Malaysia, selain makanan berat iaitu nasi dan aneka lauk-pauk, tetamu juga akan dihidangkan dengan kuih-muih seperti karipap, seri muka, onde-onde atau kek.

Paling sederhana, jika tetamu yang datang itu cuma seketika, hidangan seperti biskut kering yang dicecah bersama teh atau kopi 'O' sudah memadai sebagai tanda menyantuni tetamu.

Tradisi sama turut diraikan di negara lain seluruh dunia yang mana masing-masing memiliki sajian istimewa tersendiri yang akan dihidangkan.

Jom Kuali kongsikan beberapa negara berserta makanan yang biasa dihidangkan kepada tetamu yang bertandang ke rumah.

Kebiasaan tetamu di Indonesia dihidangakan gorengan dan teh manis hangat.

1. Indonesia

Negara jiran Malaysia ini menerapkan konsep 'tetamu adalah raja' jika menerima kunjungan di rumah.

Hidangan yang lazimnya dihidangkan seperti teh manis hangat (panas) atau sekadar air putih kosong.

Makanan pula, tetamu biasanya akan diberi gorengan seperti bakwan, pisang goreng atau kerepek.

Hidangan seperti cookies dan pai epal untuk tetamu di Amerika Syarikat.

2. Amerika Syarikat

Jika tetamu sekadar singgah berbual, tuan rumah biasanya akan menawarkan hidangan ringan berupa snek seperti kekacang, kerepek kentang atau buah-buahan.

Terdapat juga tuan rumah menghidangkan makanan berupa manisan seperti 'cookies' atau pai epal yang dinikmati bersama aiskrim vanila kepada tetamu mereka.

MENARIK DIBACA: Jus rasa bawang dan cili? Hilangkan bau degil pengisar dengan 5 bahan ini

MENARIK DIBACA: Bukan sekadar sedap dibuat jus, buah delima agen penghasil kolagen wajah

Masyrakat di Rusia memamg gemar melayan tetamu di rumah.

3. Rusia

Di Rusia, melayan tetamu dengan makanan dan minuman adalah satu kemestian dan sangat penting kerana terkait dengan amalan tradisi 'Gostepriimstvo' iaitu suka menerima tetamu.

Tuan rumah biasanya akan menghidangkan teh hitam untuk tetamu, manakala meja makan pula dipenuhi pelbagai snek manis seperti biskut, coklat, roti halia (pryaniki) atau jem buah (varenye).

Mengambil makanan lebih daripada sekali di Belanda akan dianggap kurang sopan.

4. Belanda

Di Belanda, budaya melayan tetamu memang sangat unik dan tersendiri.

Jika tetamu sekadar datang melawat untuk berbual kasual, tuan rumah akan menghidangkan kopi atau teh bersama biskut dan pastri.

Tuan rumah akan menghidangkan bekas biskut, tetamu dipelawa mengambil satu sahaja dan kemudian bekas tersebut akan disimpan semula.

Tetamu yang mengambil biskut kali kedua tanpa pelawaan tuan rumah pula akan dianggap kurang sopan dan gelojoh.

Budaya Jepun akan memastikan tetamu selesa ketika bertandang ke rumah.

5. Jepun

Di Jepun, budaya melayan tetamu menerapkan prinsip 'omotenashi' iaitu konsep hospitaliti yang mendalam, tulus dan penuh perhatian terhadap keselesaan tetamu.

Tetamu yang datang untuk lawatan kasual atau minum petang biasanya akan dihidangkan dengan teh hijau panas (ocha) sebagai tanda aluan.

Untuk makanan ringan pula, tetamu lazimnya dihidangkan dengan manisan seperti mochi, daifuku atau kerepek beras masin.

Tetamu di Korea akan dipastikan kenyang dan gembira.

6. Korea Selatan

Korea Selatan mempunyai tradisi melayan tetamu dengan memastikan mereka kenyang dan gembira.

Lazimnya, tetamu akan dihidangkan dengan teh tradisional dipanggil 'cha' atau teh barli segar (bori-cha).

Tetamu juga akan dihidangkan dengan manisan dipanggil 'hangwa' iaitu sejenis biskut yang diperbuat daripada madu serta 'gangjeong' iaitu snek beras rangup.

Tuan rumah juga wajib menghidangkan buah-buahan potong seperti epal, pir Korea (bae) atau strawberi yang disusun cantik bersama garpu kecil.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Beri kucing makan salmon dibeli 7 tahun lalu, reaksi si bulus buat ramai terhibur

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Kanak-kanak Ireland ketagih makanan tempatan, 'terbang' ke Malaysia 2 kali setahun

Terhangat