KUALI | Viral

Wanita serik makan belangkas, ramai tampil kongsi pengalaman hitam serupa

Lead Image

SEORANG wanita berkongsi pengalaman 'seram' selepas pertama kali mencuba hidangan belangkas yang dicadangkan oleh rakan sekerja.

Menurut perkongsian di Threads, dia pada mulanya hanya ingin mencuba makanan laut tersebut.   

Namun percubaan itu bertukar menjadi mimpi ngeri dan membuatkan dia serik seumur hidup.

"Pertama kali cuba makan belangkas lepas 'officemate' suruh dan kenapa tak ada sesiapa bagitahu kesan dia lepas makan tu ha?

"Aku pening dan muntah banyak gila masa tengah tengah audit lepas makan tengah hari...argh menyesal cuba," kongsinya.

Belangkas harus dibersihkan dengan baik kerana ia mengandungi racun.

Situasi itu menjadi lebih mencemaskan apabila simptom seperti pening dan muntah berlarutan ketika dia sedang bekerja.

"Hi korang maaf lambat. Alhamdulillah saya okay ya, dah terus pergi klinik semalam dan doktor cakap tak ada yang serius dan dah bagi ubat apa semua. Hari ini rasa lagi baik cuma pening tu belum hilang lagi.

"Lepas ni memang serik, saya takkan cuba dah makanan ekstrem macam ni." katanya.

MENARIK DIBACA: Wanita tukar susu badan jadi serbuk, sangat memudahkan urusan - "Keputusan terbaik pernah saya buat"

MENARIK DIBACA: Mengarut! Ibu bapa 'seram' tengok aneka jajan pelik jual dekat sekolah anak

Di ruangan komen, warganet berkongsi berdepan pengalaman serupa.

"Pergi emergency room secepat mungkin sebab arwah bapa aku dulu makan belangkas kesan sampai batuk berdarah," kongsi seorang individu.

Malah, ada juga yang mengalami kesan lebih teruk seperti muntah berpanjangan hingga menyebabkan komplikasi lain.

Antara komen netizen di laman Threads.

"Saya fobia dengan belangkas ni sebab beberapa tahun lepas pernah beli yang dah siap dibersihkan. Balik masak lemak tapi saya tak makan sebab tak lalu jadi suami je makan, lepas tu dia muntah-muntah dan sesak nafas sampai kena 'rush' ke ED dan masuk ward semalaman. Doktor kata mungkin kesan alergik atau keracunan, memang lepas tu terus tak makan dah.

"Saya pernah makan sekali je seumur hidup, sekali tu je terus kena keracunan macam sis. Balik tu tekak loya, pening, perut memulas. Masuk tandas banyak kali dan muntahkan balik apa yang makan, trauma terus nak makan belangkas.

"Mungkin cara siang tak betul kot. Saya dulu suka makan belangkas bakar tapi satu hari tu lepas makan terus rasa macam masuk angin pening pusing-pusing, loya dan muntah. Rasa macam mabuk dan muntah pun pekat sampai terpaksa pakai tangan nak keluarkan. Lepas tu memang serik tak makan dah.

"Sama juga dengan saya. Dulu suka makan tapi satu malam tu makan sebelum pergi kerja tiba-tiba kepala berpusing dan muntah-muntah. Saya kuatkan juga pergi kerja tapi tak larat sangat. Nak park kereta pun tak tahan nak muntah sampai rasa berpusing dan terpaksa berhenti tepi jalan cari longkang nak muntah." antara luahan netizen. 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Hari-hari bawa bekal, menu makanan sihat pasangan doktor jadi perhatian

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

"Selalu nampak budak minum" - Ibu risau makin ramai gemar teguk minuman tenaga

Terhangat