Hari-hari bawa bekal, menu makanan sihat pasangan doktor jadi perhatian
MENJENGAH ke usia 40-an, selain gaya hidup sihat, amalan diet seimbang sangat penting untuk membantu mengekalkan kesihatan tubuh dan prestasi harian.
Jadi tidak hairan ada yang sanggup berhabis masa menyediakan bekal sendiri untuk dibawa ke tempat kerja bagi memastikan pemakanan lebih terkawal dan sihat.
Seperti dilakukan seorang doktor di klinik kesihatan (KK), Dr Syazwani Syaza yang tetap memberi keutamaan kepada penyediaan makanan untuk dirinya dan suami biarpun sibuk dengan tugasan harian.
Berkongsi cerita di Threads, Dr Syazwani berkata tujuan membawa bekal adalah untuk menggalakkan pemakanan sihat mengikut usia mereka dan mengelakkan masalah kesihatan yang biasanya muncul selepas 40 tahun.

"Saya dan suami mula mengamalkan 'eat clean'. Tujuan utama adalah sebab kami tak nak pergi temu janji susulan (TCA) Klinik Kesihatan sama-sama selepas masuk usia 40 tahun.
"Ini antara beberapa menu kami bawa untuk bekal makan tengah hari di tempat kerja," kongsinya sambil memuat naik beberapa gambar hidangan.
MENARIK DIBACA: Ibu bapa ‘meroyan’ sekolah anak buat jamuan raya! Malas nak masak, enggan keluar duit
MENARIK DIBACA: Tak tahu nak bawa apa untuk ‘potluck’ pejabat? Ini 5 menu ‘confirm’ licin!
Wanita itu turut memberitahu sebagai doktor KK dan suami bekerja sebagai doktor mata di hospital, mereka amat memahami kepentingan pemakanan sihat dari sudut profesional.
Bagi penyediaan bekal ke tempat kerja, doktor ini memastikan setiap hidangan wajib dilengkapi dengan protein, serat dan karbohidrat secukupnya.
Dalam perkongsian seterusnya, dia turut berkongsi beberapa menu lain.
"Biasanya hari bekerja kami jaga diet betul, tapi 'weekend' tu baru kami 'cheatday' skit-sikit," tulisnya.

Doktor itu turut berkongsi tentang pilihan karbohidrat nasi dengan ubi keledek di ruangan komen.
Jelasnya, selepas makan nasi paras gula akan tinggi kerana kandungan gula putih halus dan rendah serat, menyebabkan pencernaan cepat dan lonjakan gula dalam darah.
Sebaliknya, ubi keledek mempunyai indeks glisemik rendah dan lebih banyak serat, menjadikan kadar gula dalam darah lebih stabil selepas makan.
"Namun, kedua-duanya tetap sumber karbohidrat, jadi pilih salah satu mengikut kesesuaian.

Perkongsian itu mendapat pujian warganet dan ada mengharapkan doktor itu terus berkongsi cadangan bekal lain.
"Thanks for sharing Dr. Lets inspire people to be more mindful about healthy eating. Ini kita punya bekal.
"Dietitian here! Good choice of carbs, ala letak la sauce sikit or a bit kuah. Jangan strict sangat tau, yang penting complete and balance meal.
"Bagus idea menu ni nanti share banyak lagi tau boleh saya belajar usia nak masuk 50 setahun dua lagi," antara komen netizen.