KUALI | Viral

Saintis beri amaran jangkitan virus baharu dari 'seafood', mangsa alami sakit mata kronik

Lead Image

PENGGEMAR makanan laut (seafood) terutama udang diingatkan untuk berwaspada susulan penemuan virus baharu oleh sekumpulan saintis dari China.

Virus yang dikenali sebagai Covert Mortality Nodavirus (CMNV) itu telah ditemui pada beberapa jenis hidupan laut termasuk ikan yang boleh mengakibatkan jangkitan kronik pada mata manusia.

Memetik laporan dari laman Medical Express, satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal 'Nature Microbiology' mendapati sejak beberapa tahun lalu, sejumlah individu di China telah mengalami keadaan yang dipanggil 'persistent ocular hypertension viral anterior uveitis' (POH-VAU), iaitu sejenis jangkitan pada mata.

Hasil pemeriksaan menunjukkan, seramai 70 pesakit telah didianogsis mengalami gejala yang sama iaitu keradangan dan jangkitan kronik pada mata tanpa sebab yang jelas.

Virus Covert Mortality Nodavirus (CMNV) yang ditemui pada hidupan laut boleh menjejaskan mata.

Dalam satu ujian yang dijalankan, pesakit menunjukkan hasil negatif apabila disahkan bebas daripada jangkitan virus seperti herpes atau kayap yang biasanya menjadi punca jangkitan pada mata.

Bagaimanapun, para penyelidik mengesyaki pesakit mungkin dijangkiti virus CMNV selepas menemui zarah virus berukuran 25 nanometer pada tisu mata menggunakan mikroskop elektron menerusi pembedahan mata yang dijalankan.

Apa yang mengejutkan virus yang ditemui itu memiliki padanan genetik sehingga 98.96 peratus dengan virus serupa yang ditemui pada haiwan akuatik.

"Kajian yang dijalankan mendapati virus yang menjangkiti manusia itu sama dengan virus ditemui pada hidupan laut," kata saintis dalam jurnal tersebut.

MENARIK DIBACA: Puas cari rahsia, rupanya ayam masak merah majlis kenduri sedap letak oren Sunquick

MENARIK DIBACA: Mudah je buat kopi ais ala Rembayung, nikmat sukar diungkap dengan kata-kata

Bagaimana virus yang terdapat pada hidupan laut itu boleh menjangkiti manusia?

Dalam temu bual antara penyelidik dengan pesakit tentang gaya hidup mereka, hampir tiga perempat pesakit mengakui mengamalkan makan makanan laut mentah selain mengendalikan hidupan akuatik itu tanpa menggunakan sarung tangan.

"Rata-rata pesakit yang ditemu bual memberitahu gemar makan makanan laut secara mentah yang dikenal pasti menjadi punca utama mereka dijangkiti virus CMNV," kata penyelidik.

Bagi mengesahkan virus tersebut benar-benar berpunca daripada hidupan laut, penyelidik telah menjalankan satu ujian dengan menyuntik sel virus tersebut pada tikus dan hasilnya mendapati tikus tersebut menunjukkan gejala serupa seperti yang dialami manusia, termasuk tekanan intraokular (IOP) iaitu ukuran tekanan cecair (aqueous humor) di dalam bola mata.

Pesakit yang ditemu bual memberitahu gemar makan makanan laut secara mentah yang dikenal pasti menjadi punca utama mereka dijangkiti virus CMNV.

PENYELIDIK

Walaupun kajian lanjut masih dijalankan, penyelidik hampir pasti menunjukkan bahawa virus yang berasal daripada haiwan akuatik itu menjadi punca utama penyakit mata yang dialami manusia.

Lebih membimbangkan, masalah tersebut mungkin tidak hanya berlaku di China, tetapi juga di seluruh dunia.

Hasil tinjauan global yang dijalankan untuk mengetahui sejauh mana virus tersebut boleh merebak, penyelidik telah menemui virus CMNV pada 49 spesis hidupan laut termasuk pada ketam di seluruh Asia, Afrika, Eropah, benua Amerika termasuk di Antartika.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Jepun hasilkan pisang makan tanpa kupas kulit, 'tabik' ketelitian petani bekerja

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Hari-hari bawa bekal, menu makanan sihat pasangan doktor jadi perhatian

Terhangat