info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Pakar nutrisi kongsi cara lebih berkesan diet PCOS, bukan sekadar 'potong' gula

Lead Image

RAMAI individu yang berdepan masalah PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) biasanya berusaha mengawal pemakanan dengan langkah paling awal mengurangkan pengambilan gula.

Bagaimanapun seorang pakar nutrisi menjelaskan bahawa pendekatan tersebut sahaja tidak mencukupi jika tidak disertakan dengan perubahan gaya hidup dan pemakanan seimbang.

Menerusi perkongsian di Threads Syaza Nutritionist, beliau berkata ramai individu yang mempunyai masalah PCOS terus tidak mengambil gula apabila memulakan diet, namun gagal untuk kekal konsisten kerana aspek pemakanan lain masih diabaikan.

"Berapa ramai PCOS dekat sini yang bila nak start diet, first thing dia buat cuba cut sugar. Susah tak nak consistent? Tak salah nak kurangkan gula.

Fokus pada keseimbangan pemakanan penting dalam membantu mengawal kesihatan dan hormon badan.

"Tapi kalau fokus cut sugar je, tapi fibre still tak cukup, jarang bergerak, sayur tak cukup, protein pun tunggang-langgang… insulin sensitivity tetap susah nak improve. That's why lagi susah nak konsisten," jelasnya.

Menurut beliau lagi, PCOS berkait rapat dengan masalah insulin resistance iaitu keadaan di mana badan sukar menggunakan insulin dengan berkesan, sekali gus mempengaruhi tahap gula dalam darah.

Justeru, bukan sekadar mengelakkan makanan manis, sebaliknya tubuh perlu dibantu untuk menguruskan gula dalam darah dengan lebih baik melalui pemakanan seimbang.

MENARIK DIBACA: Timun sumbat isi ayam... Sup sedap pikat selera anak, menu diet orang dewasa

MENARIK DIBACA: Wajib makan roti lepyoshka jika ke Uzbekistan... Tinggi nilai falsafah, dianggap roti paling cantik di dunia

Antara langkah yang disarankan ialah meningkatkan pengambilan serat daripada sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, oats, ulam dan bijirin penuh yang membantu memberikan rasa kenyang lebih lama serta mengawal berlaku lonjakan gula dalam darah.

Selain itu, beliau turut menyarankan pengambilan makanan tinggi antioksidan seperti beri, tomato, sayur hijau, kunyit, halia, koko dan teh hijau kerana PCOS juga berkait dengan keradangan dan tekanan oksidatif dalam badan.

"Tambah juga makanan tinggi antioxidants macam berries, tomato, sayur hijau, kunyit, halia, cocoa, green tea. Because PCOS is also linked with inflammation and oxidative stress," katanya.

Pilih menu diet tinggi dengan kandungan serat.

Dalam masa sama, beliau menekankan kepentingan untuk lebih aktif bergerak walaupun dengan aktiviti ringan seperti berjalan selepas makan selama 10 hingga 15 minit bagi membantu badan menggunakan glukosa dengan lebih baik.

"So kalau ada PCOS, jangan fikir aku kena cut sugar je. Fikir tambah fibre. Tambah warna. Tambah langkah. PCOS diet bukan about restriction semata-mata. It’s about helping your body work better," jelasnya.

Tambah beliau, perubahan kecil yang konsisten lebih memberi kesan berbanding sekadar mengamalkan diet ketat tanpa keseimbangan nutrisi yang betul.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Perut makin kempis, tumit tak sakit lepas amal minuman lemon dan garam celtic setiap pagi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Lama 'cari', wanita teruja akhirnya dapat 'golden garlic'! Ramai buang sebab sangka bawang busuk

Terhangat