Kempen 'Sayang, Kan? beri kefahaman obesiti sebagai penyakit kronik kompleks
SYARIKAT penjagaan kesihatan, Novo Nordisk Malaysia melancarkan kempen kesedaran awam berskala nasional, 'Sayang, Kan?' bertujuan mengubah cara masyarakat memahami tentang obesiti.
Kempen berkenaan dilihat dibuat pada waktu penting dalam landskap kesihatan awam negara apabila lebih daripada satu daripada dua rakyat Malaysia dewasa berdepan masalah berat badan berlebihan.
Menerusi kempen "Sayang, Kan?", masyarakat didedahkan kepada pemahaman bahawa obesiti merupakan penyakit kronik yang kompleks, dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti biologi, hormon, persekitaran, kesihatan mental dan perubahan metabolik jangka panjang, bukannya semata-mata berpunca daripada kurangnya kemahuan untuk turunkan berat badan atau disiplin diri.

Antara panel terlibat adalah Pakar Perunding Endokrinologi dan Timbalan Ketua Subkepakaran Endokrinologi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pakar Perubatan Kesihatan Awam KKM, Dr Sivarajan Ramasamy; Ketua Sektor Kawalan Kardiometabolik dan Renal, Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Datuk Dr Noor Lita Adam; Pakar Perunding Bedah Gastrointestinal Atas dan Dr Reynu Rajan serta cef selebriti, Ili Sulaiman.
MENARIK DIBACA: Risau ibadat tak sah, wanita bawa baldi ke pasar elak najis bahan basah - "Duit baki pun boleh kena darah"
MENARIK DIBACA: Wanita mengaku malas masak, cuma beri anak bijirin! Lebih jaga perut sendiri dan suami - "Sedihnya ada mak macam tu"
Turut hadir pada majlis pelancaran kempen itu yang diadakan di Hotel Holiday Inn Kuala Lumpur, pada Khamis lalu adalah Pengarah Bahagian Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) KKM, Dr Noraryana Hassan.

Selain sesi perbincangan panel, tetamu jemputan juga terlibat dengan siri aktiviti penglibatan awam interaktif yang direka untuk membantu rakyat Malaysia memahami dengan lebih baik realiti yang dihadapi oleh individu yang hidup dengan obesiti, termasuk cabaran emosi, biologi dan kehidupan harian yang sering disalah faham atau diabaikan.
Sesi ini bertujuan untuk mewujudkan lebih empati dan kesedaran terhadap satu keadaan yang memberi kesan kepada jutaan rakyat Malaysia, secara langsung atau tidak langsung.
Seseorang yang hidup dengan obesiti boleh jadi rakan sekerja, rakan, adik-beradik, ibu bapa malah diri kita sendiri.