info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

7 makanan sunah ini bantu kawal diabetes... Kajian penyelidik turut sahkan nutrisi, keberkesanannya

Lead Image

DIABETES sering dikaitkan dengan gaya hidup yang sarat dengan makanan tinggi gula, kurang aktiviti fizikal dan tabiat pemakanan tidak seimbang.

Walaupun pelbagai rawatan moden tersedia untuk membantu mengawal penyakit ini daripada semakin kronik, apa kata kita lihat semula amalan pemakanan Rasulullah SAW sebagai usaha atau ikhtiar dalam menjaga kesihatan diri.

Menariknya, banyak makanan sunah yang disebut dalam al-Quran dan hadis bukan sahaja mempunyai nilai spiritual, malah mendapat perhatian penyelidik kerana kandungan nutrisinya.

Berikut tujuh makanan sunah yang sering dikaitkan dengan manfaat kesihatan, khususnya bagi mereka yang ingin mengawal penyakit diabetes.

Barli kaya dengan serat larut beta-glucan yang membantu memperlahankan penyerapan gula ke dalam darah.

1. Barli (Talbinah)

Barli merupakan antara makanan yang dianjurkan Rasulullah SAW, khususnya dalam bentuk talbinah atau bubur.

Menurut kajian pemakanan moden, barli kaya dengan serat larut 'beta-glucan' yang membantu memperlahankan penyerapan gula ke dalam darah sekali gus mengurangkan lonjakan glukosa selepas makan.

Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Talbinah itu menenangkan hati orang yang sakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan." (Riwayat al-Bukhari)

2. Minyak zaitun

Minyak zaitun terkenal sebagai sumber lemak sihat yang kaya dengan antioksidan dan polifenol.

Bahan aktif ini dipercayai membantu meningkatkan sensitiviti insulin serta mengurangkan keradangan yang sering dikaitkan dengan diabetes jenis 2.

Keistimewaan zaitun turut disebut oleh Allah SWT dalam Surah An-Nur ayat 35 yang menggambarkan pohon zaitun sebagai tumbuhan yang diberkati.

MENARIK DIBACA: [V] Sharifah Haneesya amal sunnah Nabi... Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang demi kesihatan

MENARIK DIBACA: Tutup makanan, letak senduk atas lauk bukan suka-suka... Ada maksud dalam Islam

3. Habbatus sauda (Jintan Hitam)

Habbatus sauda atau jintan hitam sering digelar ‘penawar pelbagai penyakit’.

Beberapa kajian mendapati pengambilannya secara konsisten berpotensi membantu menurunkan bacaan HbA1c dan menyokong fungsi pankreas dalam menghasilkan insulin.

Rasulullah SAW bersabda: "Pada habbatus sauda itu terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali mati." (Riwayat al-Bukhari)

4. Cuka

Walaupun sering dilihat sebagai bahan dapur biasa, cuka mempunyai manfaat tersendiri terhadap kawalan gula darah.

Kajian menunjukkan pengambilan cuka sebelum makan boleh membantu memperlahankan pengosongan perut dan mengurangkan peningkatan paras glukosa selepas makan.

Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik lauk pauk ialah cuka." (Riwayat Muslim)

Buah delima kaya dengan antioksidan yang membantu melawan tekanan oksidatif.

5. Buah delima

Buah delima kaya dengan antioksidan yang membantu melawan tekanan oksidatif, salah satu faktor yang menyumbang kepada komplikasi diabetes.

Selain membantu menjaga kesihatan jantung, delima turut disebut dalam al-Quran sebagai antara buah-buahan yang istimewa.

Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rahman ayat 68: "Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pohon kurma dan pohon delima."

6. Buah tin

Buah tin mengandungi serat yang tinggi dan membantu memperlahankan penyerapan gula dalam sistem penghadaman.

Ia juga kaya dengan mineral penting seperti kalium dan magnesium yang menyokong kesihatan metabolik.

Keistimewaan buah ini terserlah apabila Allah SWT bersumpah dengannya dalam Surah At-Tin: "Demi buah tin dan buah zaitun."

7. Gabungan timun dan kurma

Gabungan timun bersama kurma basah merupakan amalan pemakanan yang pernah dilakukan Rasulullah SAW.

Kandungan air yang tinggi dalam timun membantu mengimbangi rasa manis semula jadi kurma, selain memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

Abdullah bin Ja'far RA meriwayatkan: "Aku melihat Rasulullah SAW memakan timun dengan kurma basah (rutab)." (Riwayat al-Bukhari)

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Ramai kongsi perubahan lepas makan bawang putih mentah... Bantu turunkan kolesterol, rasa lebih sihat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Sembelit tak hilang walau makan banyak sayur, buah? Ada makanan, minuman anda perlu elak

Terhangat