Sembelit tak hilang walau makan banyak sayur, buah? Ada makanan, minuman anda perlu elak
SEORANG lelaki meluahkan rasa bimbang di laman Threads mengenai isterinya yang mengalami masalah sembelit sehingga empat hingga lima hari tidak buang air besar.
Menurut perkongsian tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk mendapatkan rawatan doktor, mengambil magnesium serta memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran namun masalah itu masih berulang.
"Guys isteri aku susah nak berak, ada tip atau cara tradisional ke selain minum 'green tea' ke apa ke supaya senang berak?
"Kadang sampai empat hingga lima hari tak berak. Dah pergi jumpa doktor sama je. Nak cakap makan sayur dia makan je macam kambing dah kadang makan sayur, magnesium pun dah ambil," luahnya.
Perkongsian itu kemudian dibanjiri pelbagai komen netizen yang tampil memberikan cadangan masing-masing bagi mengatasi masalah tersebut.
Antara cadangan yang paling banyak dikongsi ialah pengambilan jus buah prune yang dipercayai membantu melancarkan sistem penghadaman.

"Teh hijau buat makin susah berak. Cuba makan 'pitted prune' atau 'prune juice'," komen warga maya.
Tidak kurang juga yang turut mencadangkan buah naga yang dimakan begitu sahaja atau dicampur bersama yogurt.
"Sebagai perempuan kalau dia jenis makan buah saya cadangkan buah naga makan setengah buah je sehari.
MENARIK DIBACA: Nampak senang, ramai mengaku kalah cuba diet tembikai ekstrem Zul Ariffin
MENARIK DIBACA: Letak air kundur jadikan masakan lebih enak, wanita dapat idea spontan ketika terdesak
"Boleh makan macam tu je atau dengan 'greek yogurt' dua sudu, kisar tambah susu," kongsi seorang lagi netizen.
Selain pemakanan, ramai turut menekankan tentang kepentingan aktiviti fizikal ringan seperti berjalan kaki bagi merangsang pergerakan usus.
"Jalan kaki sebab ia merangsang pergerakan usus untuk bekerja menghadam dan senang berak," saran seorang individu.

Menariknya, terdapat juga pandangan yang agak berbeza apabila segelintir netizen mendakwa pengambilan sayur yang terlalu banyak boleh memberi kesan kepada sesetengah individu.
"Kalau usus masalah, terlalu banyak sayur boleh jadi makin teruk," dakwa seorang warga maya sambil mencadangkan pengambilan protein, probiotik serta prebiotik secara seimbang.
Tak kurang juga yang berkongsi petua tradisional seperti penggunaan minyak kelapa dara, minyak ghee serta madu.
"Saya tolong bagi info. Ambil lemak dari minyak ghee dan ambil minyak kelapa dara dalam tiga hingga empat sudu besar gaul dengan nasi. Goreng telur dengan minyak sawit merah dan jangan lupa ambil avocado untuk 'fiber' setiap hari, cuba ambil separuh dulu.
"Air ambil macam biasa tak perlu terlalu banyak. Jaga tidur untuk 'circadian rhythm'. Dalam seminggu nanti mesej saya balik. Moga isteri sembuh, ini bukan cerita orang. Testimoni saya sendiri lama dah.
"Elak semua jenis kacang semua jenis teh. Semua makanan 'sampah' (tak berkhasiat). 'Sampah' masuk dalam perut keluar pun jadi sampah," antara komen netizen.