info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Letak air kundur jadikan masakan lebih enak, wanita dapat idea spontan ketika terdesak

Lead Image

KADANG-kadang, idea paling bernas muncul dalam situasi yang tidak disangka.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita ketika berkelah di tepi sungai bersama rakan-rakan apabila dia terpaksa mencari alternatif untuk menggantikan gula dalam masakan.

Menerusi perkongsian video di Threads, wanita berkenaan dipercayai sedang menyediakan hidangan sardin sebelum menyedari bahan penting iaitu gula tidak dibawa bersama. 

Disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk menggantikannya dengan air kundur kotak.

Walaupun pada awalnya kedengaran pelik, siapa sangka penggunaan air kundur sebagai pengganti gula sebenarnya menghasilkan rasa yang tidak mengecewakan.

Hidangan yang dikongsikan oleh wanita tersebut di Threads.

“Nak masak tapi lupa bawa gula, 'member' cadangkan letak sikit air kundur. Tak sangka sedap!” luahnya sambil berkongsi gambar hidangan yang telah siap.

Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya kagum dan terhibur dengan kisah itu, yang mana dia dianggap bijak mencari alternatif dalam keadaan terdesak.

“Genius hahahahah.

MENARIK DIBACA: Nampak senang, ramai mengaku kalah cuba diet tembikai ekstrem Zul Ariffin

MENARIK DIBACA: Tepung ubi ganti bedak! Wanita kongsi petua rawat ruam bayi, rupanya ramai guna cara sama

“Tak salah pun sebab rasa air kundur tu memang macam air gula merah + rebusan pandan.

“Akhirnya si kundur yang selalu ‘dihina’ jadi hero haha.

“Habislah lepas ni orang tak beli gula, semua beli kundur pula.

Antara komen di laman Threads.

“Hebat pemikiran sekarang, dah tak pandang rendah pada kundur," antara komen netizen.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman sendiri serta teruja dengan idea tersebut.

“Patut bagi geng anti kundur rasa dulu. Lepas puji sedap baru tunjuk video ni.

“Dulu masa belajar selalu minum air kundur tanpa kerut muka, kawan kata aku pelik. Rupanya sedap macam teh Cina letak gula batu.

“Tak rasa sangat kundur, memang sesuai jadi pengganti air gula,” komen warganet lagi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Hampir 10 tahun siram 'air belacan', petua pokok ros hidup subur - "Tak share kalau tak menjadi"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Ibu boleh ajar anak buat 'playdoh' guna bahan asas dapur... Senang, jimat wang

Terhangat