Gara-gara poster wajah petani di ruang jualan, produk sayuran di AEON jadi bualan
TINDAKAN pasar raya terkemuka memaparkan wajah petani pada bungkusan sayur-sayuran ditanam mereka mencuri perhatian ramai, malah dilihat langkah bijak dalam menggalakkan sokongan terhadap produk tempatan.
Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna kagum melihat papan tanda di bahagian sayur-sayuran pasar raya AEON yang memaparkan wajah si penanamnya.
"Semalam saya ke pasar raya AEON dan melihat tanda ini. Pada saya ini adalah inisiatif bagus.
"Keadah ini dapat membantu pelanggan lebih tertarik untuk memilih produk keluaran tempatan kerana mereka tahu sumber dari mana," tulisnya ringkas.

Perkongsian itu tular dan mengundang pelbagai reaksi positif dalam kalangan netizen yang rata-rata mengakui lebih cenderung membeli sayur tempatan apabila mengetahui sumber asalnya.
Ramai turut memuji kualiti sayur sayuran dijual di AEON kerana segar selain harga berpatutan, sekali gus menjadikan pilihan tersebut lebih berbaloi.
Sementara itu, ada juga warganet berkongsi pengalaman berkunjung ke AEON cawangan Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang menawarkan konsep 'ladang dalam bangunan' hasil kerjasama dengan syarikat tempatan.
MENARIK DIBACA: Kuah pekat, aroma rempah bikin perut berbunyi! Berbaloi masak sendiri gulai ayam Kelantan
'MENARIK DIBACA: Lagi penemuan benda asing dalam santan kotak - "Tiba-tiba keluar seketul"
"Surprisingly per entrance RM20 je dan mereka ajar macam mana CEA works, ada activiti sikit lepas tu boleh bawa balik sayur free," tulisnya.
Dalam pada itu, ada netizen menyifatkan usaha berkenaan sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat besar dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), khususnya dari aspek keselamatan makanan.

"Kan. Particular sangat benda macam ni.
"Just sharing, ni antara inisiatif big companies to comply towards SDG (sustainable development goals) effort under united nations. Keselamatan makanan antara usaha kerajaan kita tengah buat for these past years. Banyak kerja belakang tabir dibuat untuk capai benda ni.
"Bagusnya macam retail dekat negara Jepun diaorang akan bagi info fasal who produce vegetables tu," antara komen netizen.

Menerusi posting sama, pengguna memberikan pandangan tentang kepentingan menyokong produk tempatan.
"Jom 'support' lokal dengan keadaan ekonomi tak menentu sekarang.
"Aku rela beli 'carrot' Australia elak semua dari China. Kite ada petani tempatan, sepatutnya macam ini baru betul 'support local'.
"Saya suka produk Segar2Go. Sayur sangat bersih dan segar. Im supporting AEON. Their vege price okay. The place also clean.
"Suka beli Segar2Go & EDSAM kat AEON ni sayur segar bugar dan agak murah berbanding to organic section tu.
"Bagusnya. Saya memang nak beli sayur tengok origin. Selalu elak dari China dan akan support local veggies tapi semalam nak masak rupanya halia pun ada dari China. Ingatkan green veggies je dari China," komen warganet.

Amalan memaparkan wajah petani itu dikenali sebagai ‘kao no mieru yasai’ di Jepun yang bermaksud ‘sayur bersama wajah’.
Melalui pendekatan itu gambar serta nama petani dicetak pada pembungkusan, malah ada yang turut berkongsi mesej peribadi atau kisah ringkas tentang ladang mereka.
Inisiatif berkenaan bertujuan membina kepercayaan pengguna selain mengeratkan hubungan antara pembeli dan pengeluar makanan.
Dalam situasi ekonomi tidak menentu ketika ini, ramai netizen turut menyeru orang ramai agar terus menyokong hasil tempatan sebagai langkah kecil yang mampu memberi impak besar kepada kelangsungan petani negara.