KUALI | Trending

Lagi penemuan benda asing dalam santan kotak - "Tiba-tiba keluar seketul"

Lead Image

PENGGUNAAN santan dalam masakan harian sememangnya tidak asing dalam kalangan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi bagi hidangan berasaskan gulai, masak lemak cili api dan rendang.

Bagi memudahkan kerja di dapur, ramai memilih santan kotak kerana lebih praktikal, tahan lama dan mudah digunakan tanpa perlu memerah kelapa segar.

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, timbul pula kebimbangan apabila semakin banyak perkongsian mengenai penemuan benda asing dalam santan kotak yang dibeli pengguna.

Wanita ini terkesima melihat benda asing dalam santan kotak digunakan untuk memasak.

Terbaharu, seorang wanita berkongsi pengalaman mengejutkan apabila mendakwa menemui objek mencurigakan dalam santan yang ingin digunakan.

Menerusi perkongsiannya di Threads, wanita itu mengakui berasa pelik apabila ‘seketul’ benda asing tiba-tiba keluar ketika dia menuang santan ke dalam mangkuk.

MENARIK DIBACA: Kuah pekat, aroma rempah bikin perut berbunyi! Berbaloi masak sendiri gulai ayam Kelantan

'MENARIK DIBACA: Dari Kelantan ke London... Jual nasi kerabu di taman, pendapatan lelaki ini cecah RM2 juta setahun

“Boleh tolong 'explain' tak apa benda tu? Tergerak rasa hati nak tuang santan dekat mangkuk, tiba-tiba je keluar seketul tu sebab sebelum tu memang tuang terus dekat masakan,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai sehingga mengundang pelbagai reaksi dan spekulasi daripada netizen.

Santan antara bahan dapur kerap digunakan dalam masakan.

Ada yang berpendapat objek itu mungkin serpihan tempurung kelapa yang berubah warna selepas lama terendam dalam santan.

Namun tidak kurang juga yang meluahkan rasa geli dan bimbang dengan kemungkinan lain.

"Tak nampak macam tikus, nampak macam tempurung kelapa kering tu," komen seorang pengguna.

Komen netizen.

Malah, isu tersebut turut membuatkan segelintir netizen mengakui sudah menukar jenama santan digunakan kepada jenama lain kerana hilang keyakinan.

"Dah lama tak pakai, banyak sangat isu macam ni," tulis seorang lagi pengguna.

Dalam masa sama, ada juga yang berkongsi cadangan jenama alternatif didakwa mempunyai kualiti lebih baik serta kurang berbau ‘santan kotak’.

Walaupun belum ada pengesahan rasmi mengenai objek tersebut, insiden seperti ini jelas menimbulkan persoalan tentang tahap kawalan kualiti dalam pemprosesan makanan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

'Padah' kreatif buat 'cekodok churros', isteri lega suami tak jadi mengamuk - "Terkekek sambil goreng"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Geram lihat tomato dibuang macam sampah, pekebun dituduh kapitalis! Ini realiti di sebalik kejadian

Terhangat