KUALI | Viral

Jaga 6 perkara ini jika pergi 'open house', perlu beradab walau rapat dengan tuan rumah

Lead Image

BAGAI sudah menjadi tradisi, rumah terbuka menjadi kemestian setiap kali sambutan Aidilfitri.

Dalam keseronokan memenuhi jemputan sebagai tetamu, jangan lupa bahawa adab dan tingkah laku juga perlu dijaga.

Meskipun tuan rumah merupakan sanak saudara atau kenalan rapat, tidak bermakna kita bebas melakukan sesuka hati kerana tetap memegang status tetamu.

Memetik perkongsian Husna menerusi laman Threads, dia menyenaraikan beberapa nasihat berguna untuk tetamu yang boleh dijadikan panduan bersama:

Adab bertandang ke rumah terbuka mencuri perhatian ramai.

1. Buah tangan

Tidak semestinya hadiah yang mahal, misalnya dua kotak anggur atau 'buttercake' dari kedai pun sudah cukup membuat tuan rumah berasa dihargai.

2. Makan alas perut di rumah

Rumah terbuka bukanlah bufet hotel. Ambil makanan secara berpada-pada dan pastikan apa yang diambil habis dimakan.

3. Datang terlalu awal

Hormat masa tuan rumah. Datang terlalu awal boleh mengganggu persiapan mereka yang masih menyiapkan hidangan dan dekorasi.

MENARIK DIBACA: Lalat datang rumah terbuka hurung makanan? Jangan stres, halau je guna lilin dan biji kopi

MENARIK DIBACA: Sukatan bahan asas memasak untuk rumah terbuka... Elak masalah membazir, makanan tak cukup

4. Jangan lama

Apabila tetamu lain mula tiba dan ruang semakin sesak, eloklah minta diri dahulu bagi memberi laluan kepada tetamu lain.

5. Buang sampah

Sentiasa jaga kebersihan, buang sampah di tempat yang disediakan agar rumah penganjur kekal rapi dan selesa untuk semua tetamu.

6. Duit raya

Ini salah satu cara menghargai tuan rumah dan menyerlahkan semangat Aidilfitri.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Gara-gara poster wajah petani di ruang jualan, produk sayuran di AEON jadi bualan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Pelajar kolej 'gigit jari' beli penapis air terpakai... Rupanya sarang tikus, dah lama lingkup!

Terhangat