KUALI | Viral

Pelajar kolej 'gigit jari' beli penapis air terpakai... Rupanya sarang tikus, dah lama lingkup!

Lead Image

HASRAT seorang pelajar kolej untuk berjimat bertukar menjadi satu pengalaman pahit apabila dia mendakwa ditipu ketika membeli penapis air terpakai melalui platform media sosial.

Menurut perkongsian mangsa, dia dan rakan yang menyewa serumah dengannya memilih untuk membeli penapis air terpakai kerana tidak mahu menanggung komitmen bayaran bulanan bagi mesin baharu.

"Kami memang cari yang murah sebab student, duit pun cukup-cukup makan. Jumpa satu ni asalnya RM300 tapi dia bagi 'nego' sampai RM200 jadi kami pun teruskan je," katanya.

Bagaimanapun, sebaik sahaja barang diterima, mereka mula berdepan masalah apabila penapis air tersebut bocor ketika cuba dipasang sendiri.

Keadaan bahagian dalam penapis air.

"Pemilik asal tu asyik bagi tutorial YouTube je tapi tetap tak menjadi. Lepas tu lama-lama dia dah tak respon mesej," katanya yang membuat pembelian di Facebook Marketplace.

Keadaan itu memaksa mereka memanggil seorang tukang servis untuk memeriksa kerosakan sebenar namun apa dimaklumkan tentang sesuatu yang amat mengejutkan.

"Rupanya dalam tu dah jadi 'sarang tikus'. Abang servis tu cakap hampir 95 peratus dah rosak. Tangki besi pun dah berlubang sebab kena gigit," katanya lagi.

MENARIK DIBACA:  Wanita tukar susu badan jadi serbuk, sangat memudahkan urusan - "Keputusan terbaik pernah saya buat"

MENARIK DIBACA: Mengarut! Ibu bapa 'seram' tengok aneka jajan pelik jual dekat sekolah anak

Lebih menyedihkan, mesin tersebut disifatkan sebagai sudah tidak boleh dibaiki kerana kerosakan yang terlalu teruk.

"Masa jumpa dia balut cantik luar memang nampak elok. Tapi bila kami cuba buka penutup atas untuk tengok dalam memang tak boleh buka langsung. Macam sengaja ditutup ketat mungkin digam.

Perkongsian hantaran yang dimuat naik di laman Threads.

"Kami cuma nak air bersih je. Tak sangka kena macam ni. Kami memang sedih dan tak tahu nak 'report' macam mana," luahnya, sedih dan kecewa.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai netizen yang bersimpati dengan nasib mereka.

Seorang pengguna yang mendakwa bekerja dalam industri penapis air berkata situasi seperti itu bukan perkara baharu.

"Biasanya mesin macam ni sama ada dia tak habis bayar dah banyak tunggakan lepas tu mesin pun terbiar jadi ambil kesempatan pergi jual.

"Memang tengok dalam tu dah tahu kena gigitan tikus. Bahaya kalau masih guna, takut kena kencing tikus," antara komen netizen.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Jaga 6 perkara ini jika pergi 'open house', perlu beradab walau rapat dengan tuan rumah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

RM100 seminggu beli bahan basah, suri rumah boleh masak 2 kali sehari - "Lunch paling kurang tiga menu"

Terhangat