info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Momen

Hampas isirung sawit boleh dijadikan makanan ternakan

Lead Image

SIAPA sangka, hampas isirung sawit yang selama ini dianggap sebagai hasil sampingan industri sebenarnya boleh dimanfaatkan sebagai bahan makanan ternakan.

Perkara ini antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara Bilangan 2 Tahun 2026 yang dipengerusikan bersama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof di parlimen.

Antara fokus utama mesyuarat ini ialah cadangan menggunakan hampas isirung sawit atau 'palm kernel cake' (PKC) sebagai salah satu bahan dalam formulasi makanan ternakan di Malaysia.

PKC merupakan hasil sampingan daripada industri sawit.

PKC merupakan hasil sampingan daripada industri sawit yang boleh digunakan dalam penghasilan makanan untuk ternakan.

Penggunaan bahan tempatan ini dilihat dapat memberi lebih banyak pilihan kepada industri penternakan, terutama ketika harga serta bekalan bahan makanan ternakan di pasaran global tidak menentu.

Bagi penternak, kos makanan merupakan antara perkara besar yang mempengaruhi kos keseluruhan pengeluaran.

Justeru, penggunaan sumber tempatan seperti PKC berpotensi membantu mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah yang perlu diimport, selain menjadikan bekalan makanan ternakan lebih stabil.

MENARIK DIBACA: Tip simpan kelapa parut... Kekal segar berbulan-bulan, tak hilang rasa lemak

MENARIK DIBACA: Basuh wajah dengan air kelapa banyak manfaat, hilang parut jerawat dan kekal awet muda

Bekalan makanan ternakan yang mencukupi penting bagi memastikan pengeluaran ayam, telur, daging dan produk ternakan lain dapat diteruskan.

Bahan tersebut bagaimanapun perlu melalui pertimbangan dari segi kualiti, keselamatan serta formulasi sesuai sebelum digunakan dalam makanan ternakan.

Jika dimanfaatkan dengan baik, hasil sampingan industri sawit ini bukan sahaja dapat digunakan semula, malah berpotensi membantu mengukuhkan rantaian antara sektor sawit, penternakan dan keterjaminan makanan negara.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Kecoh jenama popular Malaysia didakwa asal dari Indonesia, Adabi beri penjelasan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Nak elak bayar bil, warga asing cabut bulu dada letak dalam char kuetiau

Terhangat