info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Kecoh jenama popular Malaysia didakwa asal dari Indonesia, Adabi beri penjelasan

Lead Image

KETIKA berlaku ketegangan antara Malaysia dan Indonesia, muncul satu video yang mendakwa pasar raya tempatan dipenuhi produk buatan negara jiran itu.

Menerusi video yang tular di laman Threads, seorang pempengaruh dari Indonesia dilihat bersemangat merakam pelbagai produk yang dijual di sebuah pasar raya dipercayai di Malaysia.

“Diam-diam produk Indonesia kuasai rak supermarket Malaysia,” ujarnya dalam video berkenaan.

Antara barangan yang ditunjukkan termasuklah rempah ratus, serbuk kopi, teh dan makanan ringan.

Adabi turut memberikan respons terhadap hantaran berkenaan.

Bagaimanapun, warganet terkejut apabila salah satu produk yang dipaparkan adalah Adabi, jenama bahan masakan yang sememangnya sinonim dengan pengguna Malaysia.

Seorang pengguna Threads yang mendakwa dirinya bekerja di kilang Adabi di Rawang tampil membidas kenyataan tersebut.

“Selama aku kerja dekat Adabi, Rawang ni, aku cuma tahu 'owner' dia orang Kedah. Sejak bila dari Indonesia?” tulisnya.

Di ruangan komen, laman rasmi Adabi turut memberikan respons terhadap hantaran berkenaan.

Menurut Adabi, produk mereka memang terdapat di pasaran Indonesia, namun jenama berkenaan bukan berasal dari negara tersebut.

MENARIK DIBACA: Netizen Malaysia lancar kempen boikot Pagi Sore habis-habisan, warga Indonesia sokong!

MENARIK DIBACA: Pengguna boikot keju popular AS gara-gara logo halal! Buang dalam tong sampah

“Ya la bang. 'Claim' la kedai tu pun dari sana. Btw Adabi memang ada di Indonesia tapi bukan asal dari sana,” jelasnya.

Dalam hantaran sama, Adabi turut berkongsi maklumat mengenai latar belakang syarikat bagi menjelaskan asal usul jenama berkenaan.

Untuk rekod, Adabi Consumer Industries Sdn Bhd memulakan operasi pada 1984 apabila kumpulan pertama produk Adabi dihasilkan di sebuah kilang kecil di Kawasan Perindustrian Ringan Batu Caves, Kuala Lumpur.

Antara produk terawal yang dihasilkan ialah serbuk kari ikan, kari daging dan kurma sebelum syarikat berkembang dengan pelbagai produk makanan lain.

Adabi melebarkan sayap ke Indonesia pada 1994.

Disebabkan perminaatan jualan yang tinggi, Adabi melebarkan sayap ke Indonesia dengan mengeksport produknya menerusi syarikat pengimport PT Adabi Nusa Citarasa (PTANC) pada 1994.

Selain Indonesia, produk Adabi turut dieksport ke beberapa negara lain termasuk Hong Kong, United Kingdom, Australia, Jepun dan China.

Isu boikot tercetus selepas jenama penjagaan diri lelaki dari Indonesia, Kahf, didakwa membuat hantaran berbaur sindiran susulan kejayaan negara itu menjuarai FIFA ASEAN Cup 2026 pada 5 Oktober lalu.

Hantaran tersebut memaparkan bendera Indonesia diletakkan di atas garisan bertulis “Hati-hati beda level”, manakala bendera beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia diletakkan di bawahnya.

Perkongsian itu mengundang kecaman hebat daripada netizen Malaysia termasuklah seruan memboikot produk Indonesia mula tersebar di media sosial.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Bajet 2027: Rakyat boleh beli barang basah di pasar tani, 10,000 kedai runcit guna wang SARA

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Hampas isirung sawit boleh dijadikan makanan ternakan

Terhangat