info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Nak elak bayar bil, warga asing cabut bulu dada letak dalam char kuetiau

Lead Image

GARA-gara mahu mengelak daripada membayar bil makanan, seorang lelaki warga asing didakwa mencabut bulu dadanya sendiri sebelum memasukkannya ke dalam makanan yang dipesan.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah restoran di Persiaran Gurney, Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Menurut laporan Sin Chew Daily, pengurus restoran yang hanya dikenali sebagai Cheng berkata, pasangan terbabit pada awalnya mahu memesan ayam goreng.

Bagaimanapun, mereka menukar pesanan kepada char kuetiau, telur dan minuman selepas dimaklumkan ayam goreng sudah habis.

Pasangan itu berkeras enggan membayar dengan alasan makanan kurang memuaskan.

Tidak lama kemudian, lelaki berkenaan memanggil salah seorang pekerja dan mendakwa terdapat bulu dalam hidangan mereka.

Menurut Cheng, dia kemudian memeriksa makanan tersebut dan mendapati ada sesuatu yang mencurigakan.

“Jika bulu itu memang berada dalam char kuetiau, sepatutnya ia berminyak. Tetapi bulu yang kami jumpa itu kering.

“Ada kira-kira enam hingga tujuh helai bulu dalam hidangan tersebut. Bulu itu juga sangat pendek dan tidak kelihatan seperti bulu mata,” katanya.

Ketika Cheng dan pekerjanya sedang memeriksa makanan tersebut, pasangan berkenaan dikatakan bangun dan segera beredar.

MENARIK DIBACA: [V] Makan di premis mewah, pelanggan cabut bulu ketiak letak dalam pinggan nak elak bayar bil

MENARIK DIBACA: Warga asing didakwa pengotor jual aiskrim tong cat, ramai mengaku kena tipu harga

Apabila ditegur kerana masih belum membuat bayaran, kedua-duanya berkeras enggan membayar dengan alasan menerima makanan dalam keadaan kurang memuaskan.

Jumlah harga keseluruhan makanan yang dipesan pasangan itu adalah kira-kira RM30.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Cheng mendakwa melihat lelaki berkenaan beberapa kali memasukkan tangan ke dalam pakaiannya sebelum menarik keluar sesuatu yang dipercayai bulu dada.

Lebih mengejutkan, bulu tersebut kemudian dimasukkan ke dalam makanan.

Sementara itu, rakaman CCTV berkenaan kemudiannya dikongsi dengan pengusaha restoran lain sebagai peringatan supaya mereka lebih berhati-hati dengan pasangan terbabit.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Hampas isirung sawit boleh dijadikan makanan ternakan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Petani Thailand mula guna AI pantau tanaman, kualiti durian... Buah bermasalah dikesan lebih awal

Terhangat