info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Petani Thailand mula guna AI pantau tanaman, kualiti durian... Buah bermasalah dikesan lebih awal

Lead Image

KECERDASAN buatan (AI) kini ‘turun ke kebun’ apabila petani di Thailand mula memanfaatkan teknologi ini berserta sensor dan Internet Pelbagai Benda (IoT) untuk memantau tanaman dan meningkatkan kualiti buah durian untuk pasaran eksport.

Seorang petani, Nuttawoot Chanrueng, melengkapkan kebunnya dengan kamera, sensor dan sistem pengumpulan data yang membolehkan pokok-pokoknya di wilayah Chanthaburi, dipantau dengan lebih terperinci.

Setiap pokok mempunyai rekod digital berkaitan keadaan pertumbuhan manakala teknologi IoT dan AI membantu mengesan masalah pada peringkat lebih awal. 

Penggunaan teknologi dilihat penting bagi membantu Thailand mengekalkan kualiti durian.

Data yang dikumpulkan turut membolehkan petani menukar pemerhatian berdasarkan pengalaman mereka kepada maklumat berangka yang boleh dipantau dan dianalisis.

MENARIK DIBACA: Minyak kulit ayam bantu tumbesaran si kecil, kuatkan antibodi... Ini cara buat kiub 'frozen'

MENARIK DIBACA: Isi tak banyak, tapi leher ayam tinggi kolagen sama seperti bahagian kaki

Menurut Nuttawoot Chanrueng, pendekatan ini tidak bermakna kaedah tradisional ditinggalkan sepenuhnya.

Sebaliknya, pengalaman generasi terdahulu digabungkan dengan teknologi bagi menghasilkan kaedah pengurusan kebun yang lebih tepat.

Penggunaan teknologi dilihat penting bagi membantu Thailand mengekalkan kualiti durian untuk pasaran antarabangsa khususnya China yang menjadi antara destinasi utama eksport durian negara tersebut.

Selain membantu memantau keadaan tanaman, sistem digital turut menyokong kebolehkesanan dengan menyediakan rekod mengenai asal-usul dan kaedah pengeluaran durian. 

Langkah ini penting ketika pasaran antarabangsa semakin mementingkan maklumat berkaitan sumber makanan dan standard pengeluaran. 

Perkembangan itu menunjukkan bagaimana teknologi moden boleh digabungkan dengan pengetahuan pertanian tradisional untuk menghasilkan pengeluaran durian yang lebih konsisten, berkualiti dan berdaya saing di pasaran global.

Dari kebun hingga ke pasaran, mungkin selepas ini teknologi AI pula yang membantu memastikan durian pilihan anda cukup masak dan berkualiti.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Nak elak bayar bil, warga asing cabut bulu dada letak dalam char kuetiau

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Pesan spageti aglio olio... Pelanggan dakwa peniaga guna pasta segera, letak harga kayangan

Terhangat