info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Momen

Ayam RM10, beras 5kg RM12 di 8 lokasi terpilih! Orang Selangor boleh berjimat sambut Aidiladha

Lead Image

PERBADANAN Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menganjurkan Program Jualan Rahmah Madani-Jualan Mega Aidiladha 2026 pada 23 dan 24 Mei 2026 sempena sambutan Aidiladha.

Program selama dua hari ini bertujuan membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan harian dan sambutan Aidiladha pada harga lebih rendah.

Inisiatif ini adalah usaha berterusan PKPS dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat melalui penawaran barangan asas pada harga berpatutan.

Pelbagai barangan keperluan harian dan untuk sambutan Aidiladha ditawarkan pada harga promosi yang lebih menjimatkan.
 

Dari telur, daging sampai lampin bayi semuanya ditawarkan pada harga rahmah sempena Jualan Mega Aidiladha PKPS 2026.

Jualan Rahmah Madani-Jualan Mega Aidiladha 2026 bakal berlangsung di lapan lokasi terpilih di sekitar Selangor bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang.

Pada 23 Mei, lokasi terlibat adalah Dataran Bougainvilla, Kampung Sungai Kertas; Perkarangan Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam; Dataran Pantai Batu Laut dan Pejabat Parlimen Sabak Bernam, Bagan Nakhoda Omar.

Manakala pada 24 Mei, lokasi terpilih termasuk di Balai Penghulu Telok Panglima Garang; Perkarangan Flat Taman Kem, Pelabuhan Klang; Dataran Ilmu Bandar Baru Selayang dan Tapak Parkir Econsave Sungai Buloh.

MENARIK DIBACA: Tabiat minum 3 liter air gas sehari bawa padah, doktor keluarkan 35 biji batu karang dari pundi kencing

MENARIK DIBACA: Dari Kopitiam ke 1 Utama: ‘Teh Tarik Nation’ sambung tradisi minuman ikonik Malaysia

Orang ramai boleh mendapatkan barangan asas seperti ayam, ikan, daging, beras, telur, minyak masak, tepung, bihun, sardin, biskut, sabun pencuci pakaian dan lampin bayi pakai buang pada harga promosi.

Pengunjung perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pendaftaran dan pengesahan pembelian. 

Barangan promosi pula adalah tertakluk kepada stok semasa di setiap lokasi dan cawangan terlibat.

Selain jualan di lokasi terpilih, PKPS turut melaksanakan inisiatif melalui Promo Raya Haji Ehsan Mart sebagai pilihan tambahan kepada orang ramai untuk membuat persiapan Aidiladha dengan lebih mudah dan berbaloi.

Jangan lupa bawa kad pengenalan dan serbu lokasi terpilih kerana aneka barang keperluan harian dijual jauh lebih murah.

Promo Raya Haji Ehsan Mart berlangsung dari 15 Mei hingga 31 Mei ini di tiga cawangannya iaitu Ehsan Mart Sungai Tua, Selayang, Ehsan Mart Pandan Utama dan Ehsan Mart Taman Melawati.

Antara produk terlibat adalah kerang sejuk beku, cili giling, kerisik, rempah, ayam goreng dan sebagainya.

Berikut adalah senarai bahan dan harga jimat ditawarkan: 

  • Ayam seekor RM10 - jimat RM8.00
  • Ikan 900gram RM6.50 - jimat RM10.40
  • Tepung RM2 - jimatRM1.30
  • Bihun RM2.50 - jimat RM1.50
  • Telur Gred B (sepapan) RM7 - jimat RM6.90
  • Sabun pencuci pakaian RM14 - jimat RM9
  • Daging 900gram RM10 - jimat RM9
  • Beras 5kg RM12 - jimat RM6.70
  • Sardin RM5.50 - jimat RM4.30
  • Biskut RM3 - jimat RM2
  • Minyak masak 2kg RM10 - jimat RM3.30
  • Lampin bayi pakai buang RM7 - jimat RM11

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

5 makanan laut termahal di dunia! Harga sekilo boleh cecah RM100,000

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

'Rupa' pucat, sekali rasa terus ketagih! Pemilik kedai nasi Padang dedah keunikan ayam pop

Terhangat