5 makanan laut termahal di dunia! Harga sekilo boleh cecah RM100,000
BUKAN semua hidangan laut (seafood) kita mampu untuk membelinya!
Ada beberapa jenis 'seafood' di dunia ini dianggap 'makanan kayangan' kerana harganya boleh mencecah jutaan hingga ratusan juta ringgit bagi setiap kilogram yang dijual.
Selain rasanya yang premium, faktor seperti sukar didapati serta proses tangkapan berisiko tinggi dan bekalan terhad turut menyebabkan harga makanan laut ini melambung.
Berikut lima makanan laut paling mahal di dunia:

1. Ikan tuna sirip biru (Bluefin tuna)
Ikan tuna sirip biru sering menjadi pilihan restoran sushi dan sashimi mewah kerana isi dagingnya lembut serta kaya rasa.
Harga ikan ini boleh mencecah AS$300 (RM1,200) sekilogram malah lebih mahal jika saiznya makin besar.
Spesies ini semakin sukar ditemui akibat penangkapan berlebihan menyebabkan permintaannya terus tinggi walaupun bekalan semakin berkurangan.
MENARIK DIBACA: Perap guna teknik 'wet brine' dan 'dry brine' jadikan isi ayam lebih 'juicy', sedap tahap maksimum!
MENARIK DIBACA: Ramai isteri akui 'cut sugar' demi keluarga! Badan ringan, tak mengah buat kerja rumah dan mudah urus anak
2. Ikan buntal (Fugu)
Fugu atau ikan buntal terkenal sebagai hidangan eksklusif di Jepun.
Namun, ikan ini mengandungi racun berbahaya dan hanya cef bertauliah dibenarkan menyediakannya.
Cef perlu menjalani latihan khas bagi memastikan ikan tersebut selamat dimakan, sekali gus menjadikan kos penyediaannya lebih mahal.
Harga fugu dianggarkan mencecah AS$400 (RM1,600) sekilogram.
Selain rasanya yang unik, pengalaman menikmati hidangan ini juga dianggap simbol budaya dan tradisi masyarakat Jepun.

3. Alaska king crab
Ketam raja Alaska cukup popular dalam kalangan pencinta makanan laut premium kerana isi dagingnya tebal, manis dan lembut.
Harganya boleh mencecah AS$500 (RM2,000) sekilogram bergantung kepada saiz dan keadaan pasaran semasa.
Kos tangkapan yang tinggi serta musim menangkap yang terhad antara faktor utama harga ketam ini melambung.
4. Telur ikan beluga (Beluga caviar)
Beluga caviar dihasilkan daripada telur ikan sturgeon beluga yang sangat jarang ditemui.
Untuk menghasilkan telur berkualiti, ikan betina spesies ini memerlukan tempoh antara 10 hingga 20 tahun sebelum matang.
Disebabkan proses pengeluarannya rumit dan jumlahnya sangat terhad, harga kaviar ini boleh mencecah AS$10,000 (RM40,000) sekilogram.
Ia terkenal dengan rasa lemak berkrim atau berlemak yang menjadi kegemaran penggemar makanan mewah di seluruh dunia.
5. Telur ikan albino mutiara putih
'White pearl albino caviar' pula dianggap antara kaviar paling 'rare' di dunia kerana dihasilkan daripada ikan sturgeon albino.
Warnanya putih keemasan seperti mutiara dengan tekstur berkrim serta rasa umami yang mewah.
Disebabkan terlalu sukar diperoleh, harganya boleh mencecah AS$25,000 (RM99,200) sekilogram.